Posted by: y4ku24 | August 24, 2008

Hikayat Si Tapak Sulaiman

Tindakanku terhenti buat sekalian kalinya.

“Aku ingin berblog? Biar betul? Bukan dah terlambat ke?” hatiku terdetik.

Benar. Jika diikutkan hati, lebih banyak daya yang menolak dari daya yang menarik untuk aku memulakan blog.

– Boleh beristiqomah ke?

– Bukankah sudah memadai lambakan beratus ribu (malah mungkin berjuta) blog-blog seperti ini di alam maya? Apa bezanya blog ini dengan blog lain?

– Jikalau kehabisan idea bagaimana?

– Sudah cukupkah ilmu untuk aku berblog? dan lain-lain.

Persoalan-persoalan ini releven, malah bukan senang untuk hadirkan azam yang kuat untuk melawan hasutan-hasutan di atas. Tatkala di dalam simpangan samaada ingin terus berblog atau tidak, teringat aku sebuah kisah yang suatu ketika dahulu pernahku baca.

Alkisah seorang pemuda sedang berjalan-jalan di sebuah pantai yang di penuhi beribu-ribu tapak sulaiman di sepanjang pesisirannya, akibat tindakan ombak dan air laut yang surut. Malangnya disebabkan fenomena ini, beribu-ribu tapak sulaiman itu akan mati akibat dehydration.

“Malangnya nasib kamu wahai tapak sulaiman sekalian,” ujar pemuda tersebut dengan perasaan sedih.

Lambakan tapak sulaiman

Lambakan tapak sulaiman

Terkejut beruk pemuda tersebut apabila di dapati terdapat seorang budak yang sedang mengambil tapak sulaiman-tapak sulaiman yang terdampar satu per satu lalu dibalingnya kembali ke dalam laut. Kelihatan budak itu bersungguh-sungguh melakukan perkara tersebut.

“Adik, apa yang adik sedang lakukan? Tidak sedarkah adik terdapat beribu-ribu tapak sulaiman di pantai ini, dan mustahil menyelamatkan semuanya?” persoal pemuda itu kepada budak tersebut.

“Benar, saya tak upaya menyelamatkan semua tapak sulaiman ini, tetapi sekurang-kurangnya tapak sulaiman yang ini terselamat!” balas si budak tersebut, lalu membaling seekor lagi tapak sulaiman di dalam genggamannya ke dalam laut.

Betapa sekecil mana usaha yang dilakukan sebenarnya adalah bermakna dan tidak boleh dipandang remeh. Lalu aku berazam menulis blog ini. Semoga aku beristiqomah di dalam perkara ini insyaAllah.

Mari bersama melakukan perubahan ke arah kebaikan, walau sekecil mana usaha tersebut. Think big, act small.

Dengan lafaz bismIllahir Rahmaanir Rahiim, ku mulakan langkah…


Responses

  1. Assalamualaikum akhi.

    Better late than never. Ana tahu kepala anta sarat dengan pelbagai benda yang wajar di’blog’kan. Ana setia membaca satu demi satu entry anta yang seterusnya.

    Think big act small… langkah satu menuju seribu!

    Mabrook!

  2. Waalaikumsalaam ustaz.

    Terima kasih atas dorongan ustaz. InsyaAllah, telah ada banyak `line-up` yg menunggu giliran untuk keluar, cuma dikeluarkan sedikit-sedikit dahulu.Satunya sebab tak nak nanti kehabisan idea cepat, keduanya sebab nak betulkan bahasa malaysia saya memakan masa!
    Lagak aksi orang sains tulen cuba ber`sains sosial`.πŸ™‚

  3. Subhanallaah walhamdulillaah…

    Syabas ana ucapkan, akhiy.

    Seperti Ustaz Hasrizal, ana pun akan turut serta mengikuti perkembangan anta.πŸ™‚ Insya’Allaah.

    Wallaahul Musta’an.

  4. Ibnu Ahmad Shah tak nak berblog sekali ke?πŸ™‚

  5. Lama tak jumpa Ibnu Ahmad Shah. Mesti sibuk ni… kalau ada blog, boleh juga follow onlineπŸ™‚

  6. Alamak!… Ustaz dah ‘HINT!’… hehehe. Ana kena istikharah ni…

  7. salam
    πŸ™‚ menarik kisah tu, boleh djadikan tauladan tuk dr sndiri hehe…
    final exam 13hb, 14hb n 20hb april insyaAllah. doakan yeπŸ˜‰

    • salam

      all the best for your exam!πŸ™‚
      sini baru nak stat semester baru…last year nih, kena pulun sampai habis!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: