[Wah wah wah, sungguh lama aku berehat honeymoon. Ini adalah artikel pertama semenjak aku berumahtangga. Terima kasih atas ucapan doa sahabat-sahabat. Semoga rumahtangga kami berkekalan.]
[Sebagai 'menyambut' blog aku yang akhirnya sampai ke entri ke 150 (YEZZA!), aku nak buat sedikit kelainan. Tak syok sekiranya cara penyampaian setiap artikel aku menggunakan kaedah yang sama. Untuk entri kali ini, aku nak cuba satu pendekatan baru yang lebih interaktif (mungkin artikel paling kontroversi daripada aku). Korang yang akan tentukan isi entri ini!]
Dear valued readers,
Let’s play a game.
Di bawah aku sertakan beberapa soalan yang, jika betul-betul difikirkan, akan membawa paradigma (cara melihat sesuatu) dari sudut yang baru dalam dunia perubatan. Asal entri ini hanya mempunyai soalan, dan hanya akan aku kongsikan pendapat aku sekiranya korang ingin tahu! Tetapi sekiranya soalan itu memang korang sendiri sudah tahu, atau tak ingin tahu, maka aku biarkan ia menjadi misteri nusantara selama-lamanya!
Caranya:
1) Pilih mana-mana antara 5 soalan yang korang ingin aku berkongsi info tentangnya.
2) Tuliskan nombor soalan di dalam ruangan komen. Seorang pembaca hanya SATU vote sahaja!
3) Cukup 3 vote untuk satu soalan, akan aku unlock penjelasan tentang persoalan itu. Selagi tak cukup vote, bak kata Dato Siti, jawapannya ‘biarlah rahsia’!
4) Kenapa aku buat begini? Sebab aku nak panggil silent readers blog ini ‘keluar’. Wahaha!
5) Segala pendapat/komen dari korang tentang persoalan-persoalan di bawah pun akan aku upgrade menjadi sebahagian daripada blog, maka amatlah dialu-alukan. Mungkin sama dengan pendapat aku, mungkin lain, tetapi itu seronoknya berbincang!
Let the game begin…
* * * * *
Pernah tak terfikir dek korang soalan-soalan di bawah tentang dunia perubatan:
Misteri 1) Kenapa ubatan herba, akupuntur dan sebagainya dipanggil perubatan ALTERNATIF, sedangkan perubatan-perubatan inilah yang telah menyihatkan dan menyembuhkan berjuta-juta tubuh badan manusia di tamadun-tamadun terdahulu dan terbukti beratus-ratus tahun lamanya?
Misteri 2) Kenapa sekarang ini apabila sakit perut, terus terlintas untuk makan ubat, berbanding minum air teh pekat tanpa gula yang merupakan petua orang-orang tua sejak zaman berzaman? Kenapa petua-petua sebegini semakin terhapus?
Misteri 3) Kenapa walaupun dengan kemajuan yang begitu pesat di dalam arena perubatan dan kedoktoran, banyak penyakit-penyakit kronik yang membunuh seperti kanser dan HIV sentiasa meningkat, TAK PERNAH menurun?
Misteri 4) Pernah dengar istilah drug overdose (ubat melebihi had)? Ianya boleh membawa kepada kematian sekiranya tidak ditangani segera. Kenapa ubat boleh membunuh?
Misteri 5) Kenapa terdapat insiden yang menunjukkan binatang yang dikurung di dalam zoo telah mati akibat terkena penyakit kanser, sedangkan di habitatnya yang asli, tidak pernah ada kes sedemikian? Segala diet normal binatang itu diberikan secukupnya. Jadi, mana silapnya? Apa yang kurang? Adakah terdapat makanan nutrisi yang boleh mencegah, malah menyembuhkan kanser, yang tidak disertakan sekali?
UNLOCKED: Sebenarnya untuk Misteri 5 ini aku ‘main jahat’ sikit sebab jawapannya sudah ada di entri yang lepas! Sila lihat video di dalam entri ‘Vitamin B17 penawar kanser?‘, kalau tak silap part 1 ataupun 2. Selamat menonton!Jika korang berfikiran terbuka dan pernah memikirkan tentang persoalan-persoalan di atas, maka sebahagiannya korang akan dapati jawapannya dengan sendiri. Kalau tak, ehem, silakan vote ya!
Yang paling bes, semua misteri di atas boleh disimpulkan hanya berkait dengan SATU perkataan sahaja!
Tetapi, sebelum apa-apa, sekali lagi aku sebutkan (walaupun perkara yang hampir sama sudah berulang kali disebut) yang aku ini BUKAN pakar perubatan, malah BUKAN juga pelajar perubatan. Aku SATU HABUK tak tahu tentang medik, TIADA autoriti dalam dunia ini! Apa yang ingin dikongsikan ialah my two cents/pendapat peribadi yang aku dapat dari beberapa sumber, dan bukanlah teori yang bombastik. Nak ajak korang berfikir, kerana banyak sungguh paradigmaku berubah dek informasi yang lain tentang dunia perubatan ini. Informasi yang jarang kali kita dengar, malah mungkin tak pernah langsung kita fikirkan.
Apa dia? Ehem, silakan vote ya!
-y4ku24-
Posted by: y4ku24 | September 27, 2011
Entri #150: Misteri dunia perubatan
Responses
Leave a Reply
Categories
- Anjakan paradigma
- Bank Idea
- Bedah buku
- Diari hidup
- Diskusi santai
- Islam Agamaku
- Isu semasa
- Kenangan
- Komik
- Laughter the best medicine
- My Father My Hero
- My two cents
- Ore to Nippon (Aku dan Jepun)
- Santapan rohani
- Scotland and I
- Selangkah ke alam sains sosial
- Selangkah ke alam sains tulen
- sepetang bersama
- The pleasures of finding things out
- This month's feature
- Uncategorized
- y4ku24, the Globe Trotter




lambat gila entri baru…bahagia sgt ni..haha
ak pilih misteri 3!
By: shazree on September 28, 2011
at 1:45 PM
misteri 5
By: adyla on September 28, 2011
at 4:45 PM
akhirnya, da entri baru…hehe
nak vote no. 1….
By: ina on September 28, 2011
at 9:27 PM
No 1.
. Tahniah diatas perkahwinan. Semoga barakah Allah swt sentiasa dalam genggaman.
By: Nur on September 29, 2011
at 6:44 AM
Misteri No. 5..
My aunty cakap, perubatan haiwan lebih complicated dari perubatan manusia. Teringin nak tahu since Doktor manusia sendiri dah cakap macam tu.
p/s : Selamat pengantin baru (it’s just a common wish anyway)
By: Iliana on September 29, 2011
at 12:59 PM
3
( Saya hanya nak menambah probability kesemua soalan dijawab. Only one vote needed for Q 1, 3, 5 then =D )
By: c's on September 30, 2011
at 3:58 AM
misteri no3
By: hana on October 1, 2011
at 12:58 PM
soalan tiga
By: hulago on October 3, 2011
at 4:06 AM
salam..hah!since no3 da cukup 3 vote..so i vote for no5~!
*though i experienced facing those in the wilds and quite sure we can discuss on the topic later on~*
By: abidasman~ on October 3, 2011
at 11:32 PM
vote no 1
By: nukleonsf on October 7, 2011
at 1:16 PM
No 5.
By: pembaca senyap. on October 8, 2011
at 6:45 AM
no 1. namba wan. numero uno. raqm wahid
By: mr huhu on October 8, 2011
at 1:42 PM
Assalaamualaikum semua. Wah, boleh tahan respons! Terima kasih!
So, buat masa ni, no1, no3 dan no5 aku perlu jawab. InsyaAllah, aku akan jawab dalam masa terdekat, cuma perlukan sedikit masa. Yang paling makan masa ialah no1, paling tak makan masa no5.
Wait for it. Prepare to shift your paradigms!!
By: y4ku24 on October 10, 2011
at 8:34 AM
salam kenal toke warung….
dh lma dh jd silent reader 1st time tggl komen he222…..
aku vote no 1 punya…….
apa2 pun slamat pngantin bru……
By: penjejak awan on October 13, 2011
at 12:47 PM
Salam. (^_^)V
saya minat medicine world. Tapi disebabkan veterinary is my interest, I would choose number five.. =)
(^_^)V
smile in peace!
By: Candle Lilly on October 14, 2011
at 10:36 PM
3
By: A.Majid on October 16, 2011
at 1:04 PM
Salam..
saya vote nombor 2!!!
By: sirehjunjung on October 17, 2011
at 6:18 AM
vote no 2
By: ibkembali on October 19, 2011
at 2:17 PM
Assalamualaikum tuan moderator. Tahniah atas usaha ini. Semua persoalan di atas menarik. Kali ini saya pilih yang pertama dulu.
By: cheguman on October 28, 2011
at 10:39 PM
Saya putar no. 5… : )
saudara, selamat kembali!
By: Nor on December 6, 2011
at 12:29 PM
numero uno!
By: didi on December 26, 2011
at 7:58 PM