
Entri kali ini paling susah aku nak ubuh title. ‘Undangan majlis perkahwinan’ macam skema sangat, ‘Aku nak kahwin!’ pula gatal sangat, ‘Yabedabeduuu!!’ pula…ah, biar kosong sudah!
Ya, setelah lama membuka warung ini, alhamdulIllah, tiba masanya untuk aku bina masjid pula. Akad nikahnya 3 haribulan ini (pergh, dekat gile dah). Semoga korang dapat mendoakan majlis berjalan lancar dan aku tidak gelabah sehingga menjawab “Yes jurunikah, I do!” pula nanti.
Ingin sekali aku ajak semua pembaca setia blog aku ini ke kenduri 16 haribulan 7 nanti. Memandangkan blog ini boleh dibaca ramai (termasuk CIA dan FBI), maka aku takkan war-warkan tempat majlis di sini. Karang beruang sarkis pun ada yang datang majlis aku karang. Sekiranya ada dikalangan korang yang sudi dan ingin ke majlis nanti, jangan segan silu, boleh saja email aku di y4ku24[at]hotmail.com untuk aku paskan maklumat lanjut kepada korang.
Cuma harapnya berilah sedikit kata-kata aluan yang membolehkan aku cam yang korang ini pembaca blog aku, bukan Raja Nigeria yang terdesak nak duit dan nak mintak aku masukkan duit ke akaunnya untuk keluarkan hartanya yang bernilai jutaan dolar.
Ya, aku menjemput semua untuk hadiri majlis aku nanti. Memang tak sehebat majlis Prince William dan Kate Middleton (aku bagitau awal-awal, takut nanti ada yang datang, kecewa pula), tetapi semoga korang dapat menceriakan lagi majlis. Walaupun muka korang tak pernah aku lihat, lubang hidung korang tetap menjadi kebanggaan warungku!
Semoga semua berjalan lancar. Amiin.
-y4ku24&m4y4n1-



Tahniah en luqman. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Barakallahulakuma.
By: hana on May 31, 2011
at 11:52 PM
salam…
tahniah buat luqman & mayani!!!
semoga semuanya berjalan lancar & berbahagia hingga ke syurga
p/s keluarga warungkampung semakin besar
By: ina on June 1, 2011
at 11:41 AM
tahniah luqman!
lepak2 kt msia nanti ko leh la bwk bini ko nanti
sblom ni ko sabishi je dok sorang2 lepak ngan abg ak ngan bini dia..hehe =)
By: shazree on June 1, 2011
at 4:36 PM
Salam y4ku24,
Waahhh… dah sampai masa untuk peralihan hidup ya.
Semoga Allah berkati ‘istana’ yang bakal di bina, berikan segala kebaikan dalam kehidupan masa depan dan dilimpahi dengan rezeki kebaikan dunia dan akhirat.
InsyaAllah.
By: suara on June 1, 2011
at 5:07 PM
tahniah tuan warung.semoga Allah swt memberkati dan merahmati pernikahan kalian sampai bila2 (nak tulis ke syurga macam poyo pulak)
ish seyes teringin nak angkut si kembar p kenduri tuan warung,bukan apa nak dengar part,’yes jurunikah,i do!’ tu..heheheh
By: nurqider on June 2, 2011
at 11:47 AM
Tahniah seluas galaksi Bima Sakti dari saya ^_^ Wahhh semakin ramai rakan blog yang dah dan akan berkahwin..Nampaknya, sudah berlaku revolusi di sini..
p/s : Semoga lancar semuanya + akan menjadi suami yang sememangnya SUAMI ya =)
By: Iliana on June 2, 2011
at 12:55 PM
alhamdulillah, syukur.. tahniah diucapkan buat saudara. semoga semuanya dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yang luas. semoga sentiasa dipelihara dan dirahmati oleh-Nya buat saudara & keluarga seluruhnya. rabbana atina fid dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina ‘azabannar. amin ya rabbal ‘alamin. …^__^
By: nor on June 2, 2011
at 4:46 PM
Alhamdulillah, akhirnya.
Sudah lama didoa-doakan akhirnya baru termakbul doa saya.
Apa-apa pun man, abg doakan man mencapai bahagia, sakinah, rahmat dan mawaddah yang man cari selama ini.
dari kejauhan,
Aliff Danial
By: Aliff Danial on June 2, 2011
at 9:38 PM
eh, hari ni ke?
By: zacharias on June 3, 2011
at 8:30 AM
Terima kasih semua atas ucapan. Akadnya selepas solat jumaat nanti (anniversary lepas ni sambut hari 1 Rejab insyaAllah
).
Hana, ina, kak su, nurqider, iliana, nor, abg piye, anda SEMUA dijemput! tolong berikan email, supaya saya dapat pas invitation.
shazree: apa pulak sabishi, pasangan aku time tu si balqis
zacharias: yg ni xpayah diajak, mmg wajib dtg.
abg piye: jazakAllahu khairan di atas doa selama ini.
By: y4ku24 on June 3, 2011
at 10:56 AM
Salam
Tahniah!!! Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. SEMOGA BAHAGIA
By: Candle Lilly on June 3, 2011
at 10:37 PM
Tahniah, baru baca post ni hari ni! Terlepas kenduri hehe, lawak je.
Semoga bahagia dunia akhirat, menjadi ibu dan bapa yang berjaya mendidik anak2 menjadi soleh dan solehah insyaAllah =))
By: whitehijab on June 4, 2011
at 3:47 PM
mabrook!!
Lama tak jenguk sini, jenguk2 ada berita baik
warung bakal ada suri
Tahniah kepada tauke warung, bakal isteri n keluarga!
By: c's on June 5, 2011
at 12:38 AM
bang, aku attend 16 julai la ye. ni tengah shutdown ni, tak boleh cuti lama2.
By: zacharias on June 6, 2011
at 12:41 PM
Tahniah! moga hubungan yg dibina kekal hingga ke syurga.. amiin..
By: BudakPantai on June 12, 2011
at 1:02 PM
Tahniah bro. Tapi aku akad nikah sehari lebih awal (2hb Jun) jadi aku yang menang (“,)
By: Zil-el-Saif @ The Encik Saif on June 21, 2011
at 9:41 AM
congeates!=)
By: sirr on July 4, 2011
at 7:23 PM
tahniah..maaf lama tak masuk sini..ada berita baik…semuga mendapat rahmat Allah…
By: mazri on July 20, 2011
at 10:39 AM
Salam tokey warung, lame tak jenguk.. Baru tau majlisnye. Dah lepas pule, hehe.. Ape2 pun tahniah dan selamat melaksanakan tanggungjawab.. Selamat membina keluarga sakinah.. Tarikh entri ni lame dah, warung tak beroperasi lagi?
By: qamarun on July 21, 2011
at 3:03 AM
Assalamualikum Luqman san…lama tak menjenguk warung ni… rupa2nya dah membina masjid.. Alhamdulillah… Tahniah! Moga bahagia hingga ke syurga
By: ustazahlina on August 6, 2011
at 7:22 AM
barakallahulakuma ~ lama tak jenguk warung ni.. da wat masjid dia.. walaupun lama, nk ucap tahniah la.. moga berbahagia hingga ke syurga ~
v(n_n)
By: gadid on August 11, 2011
at 12:55 AM
JazaakAllahu khairul jazaa’ atas semua ucapan dan doa. InsyaAllah, semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga.
Sejak berumah tangga ini, masih belum saya keluarkan entri. Sudah dua bulan lamanya. Huhu.
InsyaAllah akan cuba keluarkan sekurang-kurang satu pada bulan hadapan.
By: y4ku24 on August 21, 2011
at 11:52 PM