Posted by: y4ku24 | September 16, 2009

This Month’s Feature: Kenapa orang Islam tak makan babi?

[Update blog: Memandangkan bulan ini kita diberkati dengan bulan Ramadhan, aku fikir elok juga TMF kali ini juga lebih kepada santapan rohani dan keagamaan. Cuma nak ingatkan aku ni bukan budak jurusan agama, jadi hanya layak menulis dalam lingkungan 'ingat mengingati antara satu sama lain'. Topik yang aku sajikan kali ini aku rasa penting untuk dibincangkan, sebab kita selalu salah dalam memberi jawapan kepada soalan di atas. Perlu sama-sama kita analisa semula. Selamat memburu Lailatul Qadar semua!]

(www.ci.yuma.az.us)

Soalan kat atas tu nampak cam senang nak jawab kan?

Aku nak cerita sedikit pengalaman menarik diri sendiri berkenaan soalan di atas ketika tahun pertama di Jepun. Ironinya, yang bertanya bukan orang bukan Islam, tetapi saudara seIslam sendiri, yang mengalami krisis identiti. Setelah dibesarkan di dalam komuniti Islam, apabila dia mula belajar di negara luar mula terbuka mata akan persoalan-persoalan ni.

Saudara seIslam itu dari kaum Uighur, satu kaum etnik di barat Cina. Berjuta kaum etnik ini di sana, (kalo tak silap) kesemuanya adalah orang Islam. Namun, atas beberapa sebab yang aku takkan nyatakan di sini, pegangan Islam mereka menjadi longgar. Islam pada hati mereka hanya sekadar dalam beberapa aspek seperti tak makan babi.

Jadi persoalan itu diajukan kat aku yang jahil agama ni.

“Kenapa kitorang orang Islam tak boleh makan babi?”

Soalan tu menyebabkan aku terdiam sejenak. Bukan sebab takde jawapan, tapi aku tengah fikir, antara banyak-banyak jawapan, mana satu paling bes!

“Sebab diorang makan tahi sendiri!” aku jawab, konfiden abis muka.

Tapi jawapan yang dia balas balik membuatkan aku terdiam tak boleh nak jawab.

“Aku di kampung aku bela binatang ternakan seperti ayam. Ayam PUN makan tahi sendiri. Kalo camtu kenapa ayam boleh makan?”

Oh, tamparan hebat sejebik ke hati!

Aku terdiam. Dalam hati aku berbisik, “Aiseh, patut aku bagi jawapan yang dalam babi ada bakteria yang susah untuk dibunuh!”

Tanpa aku sedari ketika itu, kedua-dua jawapan aku itu ’salah’!

Bukan salah terus sebenarnya jawapan di atas, tapi tak tepat. Aku perasan benda ni pun setelah melihat trend bagaimana soalan-soalan seperti ini ditackle oleh pendakwah-pendakwah terkenal, akhirnya aku boleh simpulkan perkara di bawah. Aku warning sekali lagi (walaupun sudah berkali-kali aku sebut), aku bukan pelajar syariah atau pelajar jurusan agama, jadi tulisan di bawah bukanlah daripada seorang yang berreligious authority. Perkongsian di bawah hanyalah sekadar ingat mengingati antara satu sama lain. (Rasa segan pun ada nak tulis TMF cenggini, tapi atas nama nak berkongsi ilmu…)

Okeh, seperti yang aku bermonolog di atas, bila ditanya soalan kenapa babi haram, kebanyakan kita akan jawab jawapan-jawapan di bawah, betul tak?

Jawapan-jawapan yang tak tepat

Jawapan-jawapan yang tak tepat

Malah ada yang tunjuk youtube tentang ulat yang timbul setelah daging babi direndam di dalam coca-cola!

Malangnya, jawapan-jawapan kat atas semua tak tepat. Dalam banyak-banyak, paling tak boleh pakai ialah alasan “Sebab swine flu, tu sebab takleh makan!”.

Sebab apa?

Sebab sebelum swine flu ada bird flu! Kalo guna hujah tu, ayam pun takleh la makan! Lagi pun, zaman Nabi saw dulu takde swine flu, jadi kenapa pula Islam haramkan sejak zaman RasulUllah saw lagi?

Jawapan tu aku syorkan korang jangan guna langsung. Memang takleh pakai!

Jawapan “Sebab diorang makan tahi!” tu pun, aku dah sebutkan di atas, telah di’bidas’ oleh kenalan aku tu. Takleh pakai gak.

Malah, jawapan sebab diorang kotor pun, dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang di negara mereka, mungkin kandang babi orang bukan Islam lagi bersih dari kandang lembu orang Islam!

Aiseh, kalo camtu, apa jawapan yang tepat?

Ha, kita baru nak masuk bab tu.

First of all, mari renung kembali persoalan “Apa itu Islam?”

AOD2

Salah satu pengertian Islam

(Sori ar gambar kat atas tu dalam English, tapi rasanya korang leh baca.) Salah satu erti Islam yang digariskan ulama ialah ‘Penyerahan diri kepada Tuhan yang Esa/Submission to One God‘. Penyerahan dan ketundukan kepada Tuhan yang Esa, Allah.

Dari sini, kita pecahkan ketundukan/ketaatan kita pula kepada dua, iaitu Hukum Islam (Syari’atUllah) dan Hukum Alam (SunnatUllah). Kita perlu mentaati Allah dalam kedua-dua aspek ini, kerana hakikatnya kedua-duanya adalah hukum yang dicipta oleh Allah*.

Kedua-dua hukum ini saling berkaitan antara satu sama lain. Kita lihat contoh di bawah:

SyariatUllah dan SunnatUllah

Perkaitan SyariatUllah dan SunnatUllah

Aku rasa korang dapat tangkap konsep kedua-dua ini.

Hukum alam ni boleh kata semua orang senang lulus. Bukan kata orang Islam, orang bukan Islam pun senang lulus sekali! Hukum alam yang menyatakan makanan yang sudah lama terbiar basi itu tak elok dimakan, tak perlu disebutkan satu-satu pun semua orang tahu. Secara saintifik pun terbukti.

Itu soal baik atau tidak dalam bab pemakanan.

TAPI, kalo korang tengok balik gambarajah kat atas tu, Halal dan Haram bukan dalam group Hukum Alam! Ia dalam group Hukum Islam (Syari’atUllah). Ini point penting yang aku nak utarakan:

Hukum asalnya ialah: Babi HARAM di makan (berkaitan dengan Hukum Islam), bukannya TAK BAIK UNTUK KESIHATAN (berkaitan dengan Hukum Alam)!

Peliknya kita nih ialah, kita menjawab soalan dalam group dengan Hukum Islam dengan jawapan dalam group Hukum Alam! Tak telly ma!

Tak makan sebab kotor itu, fikir logik pun, sesiapa pun tak nak makan makanan kotor. Itu semua orang sedia maklum. Tapi, oleh kerana terdapat direct ayat larangan di dalam Al-Quran, maka pengharaman babi itu sebenarnya termasuk group Hukum Islam. Get the picture?

Jawapan yang paling tepat

Jawapan yang paling tepat

Kesimpulannya, untuk menjawab soalan pengharaman babi, insyaAllah yang terbaik ialah:

Kerana ianya tersebut di dalam Al-Quran. Aku yakin yang Al-Quran itu ayat Allah, dan aku mengikutinya sebagai tanda ketaatan ku kepadaNya, Tuhan yang Esa.

Lebih kurang camtulah, boleh korang modify sendiri. Kembalikan persoalan itu kepada konsep pokok, iaitu konsep KETUHANAN. Senang cerita, kalo tak percayakan Tuhan, nak makan sosej babi, sup babi, babi goreng, babi masak lemak dan lain-lain setiap hari pun takpe. Tapi sebagai seorang Islam yang percayakan Alalh, kita tak makan babi atas dasar salah satu bentuk ketundukan/penyerahan diri kita kepadaNya.

Abis tu, kalo memang terbukti secara sains babi tu tak bagus, tak boleh ke jadikan hujah?

Boleh je, tapi jangan jadikan itu main answer. Macam dalam gambar rajah tu, jawapan cenggitu hanya BONUS. Zaman Nabi saw dulu, sahabat-sahabat tidak ikut arahan tak makan babi, tak minum arak atas sebab-sebab saintifik, tapi atas sebab ke’Islam’an mereka kepada Tuhan yang Esa. Rasanya korang faham la kot bab ni.

Ini bukanlah kaedah asing yang digunakan, malah kalo korang tengok dalam youtube video-video pendakwah terkemuka seperti di bawah, bila sentuh bab Hukum Islam seperti ‘Kenapa kena pakai tudung?’, ‘Kenapa solat 5 kali sehari?’, diorang semua takkan terlepas dari menjawab menggunakan jawapan syari’atUllah juga, seperti bukti dalam Al-Quran atau Hadis Nabi saw.

Contoh pendakwah-pendakwah terkenal

Contoh pendakwah-pendakwah terkenal

Sebagai tambahan, aku bawak contoh bagaimana Dr Zakir Naik (seorang doktor dan juga pendakwah terkenal) menjawap persoalan kenapa arak itu haram.

Kenapa arak haram?

Kenapa arak haram?

Pertama sekali, beliau keluarkan hujah dari Al-Quran dan Hadis (siap hujah dari Bible lagi tu!). Kemudian baru beliau masuk bab saintifik (Hukum Alam), seperti yang tertera di bawah:

Jawapan 'bonus'

Jawapan 'bonus'

Jawapan camni baru kemas, nampak kita berhujah bukan semberono. Kalo tak hafal ayat Quran tertentu macam aku ni pun, sekurang-kurangnya kita tahu yang hukum tu datang dari Quran atau Hadis. Aku belajar ni the hard way dulu, harapnya korang tak alami perkara yang sama lepas ini.

Islam itu agama yang cantik kemas, sebab agama Islam turun berserta hujah.

Akhir sekali, sama-sama kita saksikan satu video bagaimana seorang rakyat Australia telah memeluk Islam dan cara dakwah saudara seIslam kita di sana menggunakan approach yang sama untuk menambat hati beliau (boleh tahan lawak mamat nih!).

Tahniah kerana korang berjaya habiskan entri yang panjang berjela nih. Sori ye, sekali-sekala panjang cenggini. Hihi.

Macam biasa, kalo ’santapan’ kali ini tak sedap, bagitau la tauke warung. Tapi kalo sedap lagi berkhasiat, boleh la ‘belanja’ member-member lain gak! :)

P.S.: Fuh, berapa jam abis menulis da

-y4ku24@w4run8k4mpun8-

=========================

Rujukan: ‘Most asked questions about Islam series’ oleh Dr Zakir Naik.

* Untuk perbincangan lanjut, boleh rujuk artikel Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com) di sini.


Responses

  1. “P.S.: Fuh, berapa jam abis menulis da…”

    tapi sekejap je aku baca bro ! ;P

    apapun, jazakallah..

    • agakla…sian bro luqman…tulis lama2…tp pembaca baca tak sampai 5 minit…

      apa2 pun domo arigatou ne~

  2. antara sebab bonus lain:

    Babi adalah binatang yang mengamalkan gang bang. Satu babi betina boleh dikongsi banyak2 babi jantan. Satu tabiat yang jarang dilihat dalam masyarakat binatang lain, sebab ada alpha male.

    makan babi, tu yang berjangkit perangai babi.

    • owh betul tue zach…dulu itu antara jawapan yg diberi oleh presiden persatuan islam aussie….

      quote: what you eat determines who you are….(that’s what he said)

  3. salam bro luqman

    dulu pun mmg byk soalan yg ditanya semasa berada di aussie dan ini antara soalan yg ditanya

    dan ini juga antara jawapan yg diberi…

    masa tue rasa macam pening2 kepala gak nak bg jawapan apa yg terbaik….

    owh yg tanya non-muslims…belum pernah ditanya oleh muslims sendiri…

  4. salam. sering jugak dapat soalan macam ni.

    kenapa tak leh makan babi?
    saya jawab..Allah yang suruh.
    tapi kawan saya tak puas hati. ye la, Allah suruh pun mesti bersebab.
    barulah saya jawab sebab babi tu memang dari segi sainsnya takleh elok untuk dimakan.

    tapi satu hari, kawan chinese saya tanya kenapa takleh makan haiwan dua alam.
    saya jawab yang sama, sebab Allah suruh. Dan kami sebagai hamba perlu patuh. dan ia memang haram di sisi Islam.
    tapi mesti ada sebab kan?-rakan chinese saya bertanya lagi.
    errrrrrr..

    serius tak tahu dah nak jawab apa. nak kena jawab melalui hukum dulu ke? supaya mereka paham dulu tentang hukum tersebut..then barulah proceed pada penerangan dari segi sains?biasanya non muslim akan stop argue bila kita buktikan dengan sains.

  5. @cucutokjanggut: la syukran ‘ala waajib (tak perlu berterima kasih di atas kewajipan (berkongsi ilmu)). bila berpengalaman sendiri menulis artikel pjg camni, kita lebih menghargai usaha penulis blog yg tulisan lebih panjang! :D

    @zacharias: you are what you eat i guess. bab babi saja yg takde alpha male tu, saya tak pasti la plak. boleh dirujuk kat mana2?

    @KA: salam bro KA. boleh je guna jawapan saintifik sekarang, tapi kalo kita jadikan main answers, kot2 beberapa tahun lagi kajian tu bertukar pulak, payah la kita nak jawab pulak!

    sebaliknya, kalo kita dengar ceramah berkenaan kewajiban berpuasa, penceramah tak sebut ’sebab boleh diet’ atau ’sebab boleh hargai perasaan orang miskin’ dulu, diorang terus bagi dalil al-quran betul tak? kita puasa sebab mentaati Allah, kita tak makan babi pun sebab nak mentaati Allah juga, itu yang aku nak simpulkan.

    @hana: salam Ramadhan hana. lama tak dengar berita. beraya di indonesia ke tahun ini?

    kalo ringkasnya, memang jawapan ’sebab Allah suruh’, tapi saya syorkan hana bincang lebih mendalam sikit tentang dalil dalam alquran dan lain-lain.

    bab haiwan dua alam tu takleh makan tu, saya akui saya sendiri tak boleh bagi dalil sekiranya di soal direct. kerja rumah utk kita sama-sama semak semula! :)

    sains hanya jawapan bonus kepada hukum-hukum Islam tapi bukan sebagai jawapan utama. sama juga seperti al-Quran. terlalu banyak bukti sains dalam al-Quran, tapi al-Quran itu benar BUKAN sebab ada bukti sains! Kadang-kadang kita terhanyut sebab nak carik bukti sains punya pasal. kalo ada, alhamdulIllah, kalo takde, saya fikir Allah tak sampaikan kita kepada tahap ilmu itu lagi. Pasti ada hikmah.

    Banyak perkara lain sudah dibuktikan secara sains, tak cukupkah itu sebagai bukti? cuba tengok video kedua tentang mat salleh tu nak mintak miracle utk nyatakan keIslamannya, mungkin boleh membantu. :)

    wAllahua’lam, sekadar pandangan peribadi.

  6. Akak dari dulu mmg kalau bab kenapa tak boleh makan babi ni terus jawab “Sebab Allah larang”. Ni antara tarbiyah yang diterima waktu belajar di UK tahun lewat 90′an dulu. Lepas tu, baru explain further dari aspek kesihatan and what nots…

    Cuma tiba-tiba teringat jawapan seorang sister ni bila kawan non-Muslim tanya kenapa isteri PM Malaysia Islam tapi dia tak bertudung pun (keluar kat TV) sedangkan pelajar perempuan Melayu Islam Malaysia kebanyakannya bertudung untuk patuh suruhan Allah?
    “Oh, she covers her hair by wearing a wig”…

    Owh

  7. salam..
    nk kongsi ad pna dgr 1 tzkirh ringks..’ape yg kte mkn,jd drh dgg kte..it reflects on our behaviour gk sket2..

    cmni..ad org ni(x igt r dtails) nk cr kaitn sains n islam r lbeh kurg..so,dia wt experiment..2 aym jntn n 1 aym btina di ltk dlm 1 kandg(reban)..dorg tgk reaksi aym2 2..bnde yg sme dorg wt kt 2 babi jntn n 1 babi btina..

    results:2 aym jntn td gado(btarung) nk kn si btina..bila 1 da kalah..yg mng dpt r yg btina 2…sgt len plak dgn babi2 td…2 babi jntn ni td sepakat(sharing is caring,saling mmbantu) utk both dpt yg btina..get it??kiranye..’ok,ko amek btina ni dlu..pas2 ak lak k’(konon2 babi bckp r nih)…babi A n babi B x gado rebut btina mlh bgandingn lak..

    pntzkirh sy ckp,ibaratnye..tp XSUME..spe yg mkn babi bleh bperangai cm babi..mgkn,mrogol scr ramai2…hu~ amek iktibr ek…

  8. Assalamualaikum bro

    Memula aku nak ucap selamat hari ghaye eidl fitri..di samping preparation nak raya..jgn lupe perah sisa2 ramadhan sebanyak mungkin!!

    Rasanya kita yang di perantauan ni hotondo(majoritinya) dah ada pengalaman bersoal jawab tentang bab nih.

    Kenapa orang Islam solat 5 kali?
    Jawapannya bukan sbb yoga .hehhe

    Kenapa puasa?
    Bukan sbb diet.Bukan juga sbb nak tahu penderitaan org yg takde makanan

    Senang citer ..”Sukahati Allah la kalau Dia nak suruh kita buat ape pon…sebab Dia kan Tuhan yang Maha Berkuasa…”

    Ibadah yang banyak hikmah sains dan kemanusian seperti solat dan puasa pon sukar untuk kita(aku le ni)faham…maka mmg sahle kita muri utk jadi Nabi Ibrahim a.s….

    …Dapat perintah sembelih anak sendiri!Apa logik?Mana sains?Atama ni hairanai(Translate direct “tak masuk akal”..haha)

    Tuh belum masuk bab `Kenapa solat 5 kali bukan 10?Kenapa haji sekali bukan 2 3 kali?”

    Hehe.Kalau solat 10 kali nanti ada pula yang tanya kenapa tak 1 kali?Isk. isk..

    Haa tengok.Komen punya komen dah jadi macam entri blog.Hahaha.gomen nasai tencho.

    -dari saya budak engine yang pon tak tahu apa2-

    p/s:video bro aussie tuh mmg feveret aku.lawak kokusai betul.

  9. @a.z. haida: bab jawapan pertama tu saya setuju, bab jawapan kedua tu, no komen… :)

    @abidasman~: zacharias pun sebut perkara yang sama. gang bang. binatang yg tak tau malu..

    @safiruz: waalaikumsalaam bro safiruz. selamat hari raya jua! bab komen pjg tu, kamahen kamahen (takpa takpa)!

  10. hmm, x kisah la hukum ape yg dintanye, kt kena kembali kepada asas…

    sumber hukum kt ape???

    so ikutlah turutan, al-quran, al-hdis +++

    betul kate en luqman, sbg hambaNya kt perlu taat dan patuh, pd sy, ada certain perkara yg kt x kan mampu berfikir ape logiknya Allah perintahkan demikian…

  11. Konsep babi dan alpha male ini boleh dibaca dalam buku penternakan bertajuk Animal Farm tulisan George Orwell.

  12. @zacharias: woho, Animal Farm. itu buku geopolitik tu! nampak je ringan, tapi sarat dengan isi tersirat!

  13. thanks for sharing the video..
    sronok dan menginsafkan..

  14. Best best entry ni. Hebatlah En Lokman, gaya penulisan yang santai ni membuatkan orang senang je nak habiskan entry panjang berjela (quoting you).

    Dulu saya pun selalu jawab guna hujah sains..tapi lama-lama dah belajar barulah berjaya guna taktik seperti tertera di atas alhamdulillah.

    This was a great read. Boleh kan saya forwardkan kepada kawan-kawan saya? :D

  15. @zalizabrina: your welcome. :)

    @Aki: jika cara santai ini boleh menerobos (betul ke BM nih?) jiwa dan pemikiran saudari Aki, segala puji selayaknya bagi Allah.

    toksah tanya2 izin dah, semua entri dalam ni memang untuk disebar2kan (kalo bermanfaat le.).


Leave a response

Your response:

Categories