Posted by: y4ku24 | April 17, 2009

This Month’s Feature: Mari belajar Nihongo(Bahasa Jepun)!

[Update blog: TMF kali ini mungkin paling ringan setakat ini. Kekurangan masa untuk buat artikel gempak. Selamat membaca!]

Source: tavito.up.seesaa.net

Source: tavito.up.seesaa.net

Pernah satu ketika dahulu ketika di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya (tempat persediaan kebanyakan pelajar untuk ke Jepun), kami diziarahi para super senpai (super senior) yang pernah belajar di Jepun. Ada yang sudah berkahwin dengan bini orang Jepun. Ada yang sudah buka syarikat sendiri. Fuh, hebat-hebat belaka!

Dalam sesi perbincangan, super senpai yang telah ada syarikat sendiri tu buka bicara:

“Korang nak tahu korang dah master nihongo ke belum, ada beberapa tingkat” ujar beliau.

“Peringkat pertama, korang bermimpi bertutur dalam Bahasa Jepun! Peringkat kedua ialah, korang boleh sampai tahap bertekak dengan member Jepun dalam nihongo! Kalo sampai tahap tu, korang punya nihongo sudah kira mantap!”

Fuh, menarik juga teori super senpai nih. Cuma kalo aku boleh tambah, di tengah-tengah tu ada lagi satu peringkat: Korang boleh bercerita cerita lawak, dan kawan Jepun korang boleh faham dan tergelak! Dengan syarat gelak main-main, gelak kesian, atau gelak ‘sebab aku tak faham apa ko cakap’ tak dikira.
Mungkin teori ini sesuai untuk semua bahasa, dan mungkin ada lagi level-level lain yang korang nak tambah. Jadi bagi mereka yang duduk di perantauan, bolehlah uji ‘tahap level‘ masing-masing!

Okeh, balik kepada tajuk. Kepada yang bertanya, aku bukan ingin buka kelas belajar Bahasa Jepun. Cuma aku nak ajak korang belajar bahasa ini! Memandangkan bahasa ini tidaklah seglamour bahasa yang digunapakai secara meluas yang lain seperti Bahasa Perancis dengan ‘Bonjour madam!Coment allez-vous?’ nya, atau Bahasa Cina Mandarin dengan ‘Ni hau ma?‘ nya, tetapi aku rasa tak sedikit yang suka untuk belajar bahasa ini. Mungkin supaya mudah faham drama/anime kot. Entahlah, aku pun tak faham kenapa orang Malaysia termasuk aku tertarik sangat dengan Jepun. Entri ini pun hasil perbincangan dengan seorang reader yang ingin tahu tips untuk belajar Bahasa Jepun dengan mudah. InsyaAllah aku cuba berkongsi sedikit tips yang aku pernah guna dulu. Rakan-rakan Malaysia di Jepun yang lain jangan segan-segan untuk berkongsi bersama OK!

Please bare in mind, aku ni bukan jurusan bahasa atau sastera. Cuma tips-tips di bawah telah terbukti berkesan. Dan ya, sebenarnya tips ni berguna untuk semua bahasa!

First things first, setiap bahasa ada kesusahannya tersendiri. Dan kesusahan setiap bahasa bagi aku berbeza. English dengan grammarnya, Bahasa Perancis dengan sebutan yang langsung tak tally dengan tulisannya (bandar Bordeaux ditulis begitu tetapi disebut Bordou? Ha!? Dah E, A dan X tu tak guna, buang je lah!), Bahasa German/Bahasa Arab dengan jantinanya, dan lain-lain.
Kesusahan Bahasa Jepun terletak di mana?

Bagi aku, pada chinese characters/kanjinya dan grammarnya. Bab sebutan dia cukup mudah (kecuali satu, iaitu ‘tsu‘, tetapi bila sudah biasa tak jadi masalah), sebab what you see is what you say!

Sedikit tentang kanji/chinese character Bahasa Jepun.

Sensei (cikgu) kat AAJ aku dulu pernah sebut, kanji ni ahli sejarah pun tak taukalo huruf rumi kita ada beratus ribu, selain A-Z. Wah, nightmare!
jumlah dia sebab banyak sangat! Mungkin beratus ribu! Bayangkanlah

Tapi antara kanji-kanji ni, ada beberapa ribu yang asas. Kami di AAJ kena belajar dalam +1000 (seingat aku) untuk ke Jepun supaya boleh survive dan tak mati kebuluran kat sini.

Fakta-fakta lain tentang bahasa ini, boleh lihat di website yang lebih bertauliah la kot.

Tips menghafal perbendaharaan kata sesuatu bahasa

Tapi, dalam mana-mana bahasa pun, bab perbendaharaan kata, nak tak nak kena hafal, betul tak? Bab hafalan ini aku nak tekankan dalam entri kali ini.

Dulu di AAJ aku pernah guna satu kaedah yang mudah, tak perlu sebut satu perkataan 100 kali untuk hafal. Aku akan berimaginasi dan gunakan bahasa/objek lain untuk bantu faham Bahasa Jepun!

Contoh: Perkataan umi dalam Bahasa Jepun bermaksud laut. Kebetulan dalam keluarga aku, ibu kami kitorang panggil Umi. Untuk mudah ingat perkataan tu, aku kaitkan mak aku dengan laut! Ummi aku berenang dalam laut, contohnya. (Situasi yang agak merisaukan, sebab dia tak reti berenang!) I think you get the picture.

Tak sikit perkataan yang aku guna imaginasi begini untuk ingat! Mudah, cepat dan susah nak terlupa. Tapi method ni aku buat sorang-sorang, sebab rasa orang akan gelak je kalau beritahu. Macam bodoh je pun.

Kebetulan satu hari aku terjumpa sebuah buku bertajuk ‘How to learn any language’ oleh Barry Farber. Mamat ni tak terkenal mana pun, tapi memang gempak bab bahasa. Mamat ni punyalah power dalam bidang ni, dia belajar bahasa sebagai hobi! Berapa bahasa dia dah master? DUA PULUH LIMA! So yes, he KNOWS what he is talking about!

Bila sebut dia master 25 bahasa, bukan bermaksud dia hanya boleh baca dan tulis, tetapi berkomunikasi dengan fasih! Dan dia punya tahap level nak periksa diri sendiri sudah master ke tak sesuatu bahasa lagi gempak; Dia iktiraf diri sendiri master bahasa tu bila mana dia lupa bahasa apa yang dia guna bila berdebat dengan seseorang baru-baru tadi!

Dalam buku itu disebutkan pelbagai tips untuk belajar master sesuatu bahasa, termasuk pengenalan tentang 25 bahasa yang dia tahu. (Dia akui Bahasa Indonesia/Bahasa Malaysia adalah bahasa paling senang untuk belajar. Nice!)

Harry Lorayne’s Magic Memory Aid

Rupanya dalam banyak-banyak tips yang diberi, termasuklah Harry Lorayne’s Magic Memory Aid. Ini kata-kata beliau.

‘Bayangkan perasaan seorang petani yang menerima sebiji traktor apabila beliau sudah bajak tanah menggunakan tangan selama 31 tahun? Itulah apa yang saya rasa bila tahu tentang kaedah ini!’


Untuk pendekkan cerita, kaedahnya sama dengan kaedah yang aku sebutkan di atas! AlhamdulIllah, gembira aku ada ‘bukti kukuh’ keberkesanan kaedah itu untuk dikongsi dengan korang. Mana taknya, pentutur 25 bahasa pun syorkan!

Bila kita kaitkan sesuatu perkara dengan perkara lain, neuron di kepala membuat jaringan yang lebih menguatkan proses hafalan. Dan proses ini lebih mudah direka dengan lebih banyaknya bahasa yang kita kuasai!

Contoh yang diberi di dalam buku: Perkataan pollo di dalam Bahasa Itali bermaksud ayam. Sebutannya sebijik dengan sebutan perkataan polo (sebuah sukan) Bahasa Inggeris. Sekarang korang boleh mula berimaginasi, pemain polo naik atas ayam untuk main polo!

Dalam contoh ini, kelebihan kita kuasai Bahasa Inggeris juga membantu untuk menghafal perkataan Bahasa Itali.

Contoh lain: Untuk Bahasa Rusia, sebutan perkataan rumah ialah dom. Sebutannya sebijik dengan sebutan dome di dalam Bahasa Inggeris. Ya, orang Rusia kaya sangat, rumah diorang adalah dome!

Get the picture? Nice!

Benar, memang tak semua perkataan boleh dikaitan sedemikian. Tetapi dengan berimaginasi, aku rasa boleh saja kaitkan dengan apa-apa di sekeliling atau bahasa-bahasa lain. Be creative and give it a try!

Kesimpulan

Apa-apa hal, yang penting perlu ada minat/passion. Dan seperti Barry Farber sebut, antara motivasi besar belajar bahasa ialah kerana mustahil kita belajar bahasa tersebut tanpa dapat belajar banyak perkara tentang budaya negara itu.

Time awal-awal belajar Bahasa Jepun dulu, aku cukup gembira dapat tahu maksud kodomo dalam nama ubat gigi Kodomo Lion. Maksudnya ialah kanak-kanak. Brand ubat gigi tu Lion, dan untuk kanak-kanak. Oooo, naruhodo!!

Kepada para junior di AAJ dan pusat persediaan ke Jepun yang lain, cuba guna kaedah ini. It really works! Barry Farber menyesal sangat tak pernah tahu tentang wujudnya kaedah ini selama 31 tahun dia belajar bahasa the hard way, jadi jangan alami nasib yang sama!

Jangan cepat mengalah, dan teruskan usaha!

Gambatte kudasai! (Good luck!)

p.s.: Banyak lagi tips lain di dalam buku di atas. Selamat membaca kepada yang berminat!

-y4ku24-


Responses

  1. alahai~ kenapa la, entri ini keluar lepas saya menduduki peperiksaan Mandrin? tapi, tak mengapa, boleh dimantapkan untuk sem depan dan seterusnya..

    betul tu, saya juga gunakan kaedah tu. termasuklah dalam tulisan. misalnya, perkataan jiehun (kahwin), tulisannya ada kotak kecil, jadi, kalau nampak kotak kecil tu, saya akan ingat kotak hadiah kahwin hehe ;p

    pakcik saya, boleh saya katakan super senpai juga kot. dia yang ajar saya kaedah tu. berkesan~

    oh, umi bermaksud laut? nak share juga boleh? perkataan pertama naruhodo saya, mak..sebab dalam nada ke-4 mandrin, ia bermaksud kuda ^^

  2. entry yg ringan? tapi cukup gempak! tahniah..betul tu…lebih kurang mcm mind mapping Tony Buzan apabila kita menggunakan imaginasi dengan membuat perkaitan or associate sesuatu dengan benda atau image…”otak” kita mampu membina jaringan dan membina long term memory…ustazah guna kaedah mind mapping ni especially 4 tajuk sirah…kalau ada tips tulis lah lagi..barakallahu fika

  3. salam

    memang menarik2
    nak cuba la…
    saya berminat bahasa jepun ni…tp bila tgk kanji dia mak aih ‘tergeliat’ mata(org bias tergeliat badan ke apa heheh =P)

    so nak tanya kalau bahasa jepun…luqman dulu ingat kanji ke sebutan dia jer???

  4. Wah, akhirnya ada orang nak bagitahu bagaimana nak belajar bahasa Jepun dengan baik. haha. Ya, dan bahasa lain juga.

    Kamu tahu, ironinya, di Russia memang banyak dome. gereja-gereja di Russia, (dan Ukraine juga) berbeza dgn gereja2 di negara2 lain yang macam castle tu, di mana kalau pandang ke atas, nampak seperti kubah-kubah masjid (kecuali bulan dn bintang diganti dengan tanda salib). Cuma domes gereja mereka berwarna keemas-emasan dan berwarna-warni macam dekat Red Square di russia. huhu…

    Aish, saya tak nafikan bahasa jepun lebih mudah dari bahasa russia… (er kecuali bahagian kanji, bahasa jepun lagi susah dari bahasa russia)

    Suspect sungguh dengan barry farber ini, belajar sampai 25 buah bahasa. Mudah nak pergi mana2 pun kan?

  5. setuju dengan balqis

    gereja2 mmg byk kubah….

    tp setakat sy dah pergi ireland, UK, paris…gereja kat moscow paling lawa sebab berwarna-warni…

    yg lain muram dan sugul je kalau lihat dr jauh…

    pudar jer warnanya

    balqis belajar kat moscow ke?

    grammar russia susah huhu

  6. Ohh. Menarik gak method tu. Akan cuba aplikasi. Tapi lepas jyuken kot. :P

    p/s:kalau ikut teori kat atas tu, nampaknya macam jauh lagi je nak capai peringkat kedua. huhu..

  7. thanx untuk perkongsian =)

    • @ ilina: wah, mesti menarik usrah ustazah, jika sampai guna mind mapping! dulu di bangku sekolah dulu ada juga guna, tp entah kenapa, kepraktikannya hilang bila masuk universiti. not good. ish ish…

      @ KA: salam. saudara KA, jika anda sedang belajar dalam bahasa lain, dalam masa yang sama sedang menambah lagi satu bahasa baru, saya tabik anda! <(^^) if it makes you feel better, saya pun sedang belajar satu lagi bahasa baru (malangnya bukan bahasa Rusia), setelah terasa tercabar bila ada tgk dokumentari tv jepun yang highlight seorang pakcik tua dlm usia 90-an masih bersemangat belajar bahasa baru. bila di kaji, itulah rahsia otak beliau masih cergas!

      concerning bahasa jepun, ya, kami di sini bukan sahaja perlu hafal kanji, tetapi bersama sebutannya yang AT LEAST ada dua sebutan. ada kanji yang sebutannya sahaja berbelas-belas! pada pendapat saya, untuk sekadar belajar bahasa ini for fun, tak perlu sampai menghafal kanji, cukup sekadar hiragana dan katakana. tetapi sekiranya anda berminat belajar kanji, ia pun punyai kaedah hafalan yang mudah. kalo rajin, nanti saya cerita tentang kanji pula. ;)

      @ Balqis: hoho, tak tahu pula di rusia begitu. tp Kremlin tu memang nampak colourful n cute, sampai kekadang terlupa tempat tu pusat politik negara rusia! saya ada sebutkan di dalam entri ‘Bahasa ITU pembuka bicara!’, it work wonders dengan orang tempatan sekiranya kita tahu bahasa mereka. hanya dengan tahu NEMA PROBLEMA apabila berbicara dengan orang bosnia sudah cukup membuat kami rapat!

      @ batuterang: dah ke mesir dan turki, tak terasa nak mantapkan bahasa arab dan belajar bahasa turki? :D

      @ ina: welkam!

  8. honto desu ka??

    ureshi~

    arigatou gozaimasu!

  9. salam saudara luqman

    saudara sekarang tgh belajar bahasa apa lagi?

    nak tanya betul kah terdpt perbezaan di ant kanji dgn chinese character dlm bhs mandarin??

    buat masa cuti summer skang sy tgh menghafal kanji…baru lepas 30 kanji

    hmm…klu dgn hiragana dgn katakana…sy tak fhm function hafal tu jer utk belajar bhs jepun, minta terangkan…terima kasih

  10. salam KA.

    huhu, tgh cuba2 bahasa korea, just for fun, sbb grammar bahasa dia sama dengan bhs jepun.

    yes, ada perbezaan. bhs jepun juga kanji cina yg lama, tp bhs cina guna kanji moden, dlm kata lain stroke2 die dipermudahkan.

    very nice, kanji antara benda susah dlm bhs jepun, so good luck! ikut sejarahnya (ntah sahih ntah idak), perempuan jepun dulu susah nak hafal sebutan kanji, so diciptakan hiragana n katakana supaya diorg leh sebut perkataan tu. kire mcm kita tak tau baca tulisan arab n ada tulisan rumi kat atas dia, lebih kurang camtu la.

    akhirnya benda tu diguna pakai, lg2 utk kanji yg jarang2 guna.

  11. salam Luqman,

    owh macam tue rupanya…saya sangka bila blaja kanji…at the same time kira boleh sama baca surat khabar cina hehehe

    owh macam tue rupanya…mengenai kana tue..

    btw nak tanya…ada suggestion utk bahan bacaan mudah bhs jepun??

    maaflah kalau mengganggu

  12. salam KA,

    hm, kami dulu guna buku teks yg disediakan pusat persediaan, tak guna buku am. jadi susah juga nak syorkan buku nih.

    kalo audio, saya cadangkan carik audio pimsleur. mahal skit la. tp utk ilmu takpa ;)

  13. kalau bleh ko cal aku kat cni capi_kuba@yahoo.com coz aku really nak learn japan. tq..

  14. hyep..tingin lark nk blaja bhse jepun niyh

  15. when i read this again..i found out 1 thing…
    this tip -relate 1 word with another n make a story about it-..we can actually use this tip not only in learning languages..in anything actually..let say we apply in biology about how the gases exchange in body cell..very easy 2 remember~~huhu..it helps a lot~

  16. [...] This Month’s Feature: Mari belajar Nihongo(Bahasa Jepun)! April 2009 16 comments 4 [...]

  17. salam..
    nk igt bunpou@grammar nk suh kasi sng cmne ekk?
    slalu test bab tuh la yg plg ssh..

  18. salam faizal. kebanyakkannya hanya kena hafal. sikit tips dlm beberapa bab, boleh tahu bunpou dia kalo kita pastikan dulu dia tu verb, noun atau kata sifat.
    contoh: ~soudesu. kalo tambah ‘taihen’, sbb ianya noun, maka kena tambah ‘da’ di tgh2. = taihendasoudesu. kalo oishi, sbb ianya kata sifat, jadi hilanglah ‘i’ di belakang = oishisoudesu.
    pokoknya, semua dah ada hukum tersendiri. hafal hukum, insyaAllah boleh jawab.
    all the best!

  19. siapa tahu perkataan hebat dalam bahasa jepun?

  20. hebat = sugoi ataupun subarashii

  21. bagi sy , blaja kanji xla susah maner(bkn nk riak) .. cuma perlu usaha lebih, bnykkan bace teks jepun .. insyaAllah, boleh …


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: