Jika dilihat di Malaysia, bukan sedikit mereka yang ada penyakit was-was dalam beribadat. Ya, was-was adalah satu penyakit, penyakit yang dibisik syaitan. Dan antara tempat lazim yang orang kita berpenyakit ini ialah time berniat.
Time niat wudu’: Habis lenjun baju basah dengan air, tak lepas-lepas bab sapu muka.(sejak bila baju jadi anggota wudu’?)
Time niat solat: “Usolli…”,”Usolli…” tak henti-henti.

Walaupun time kerja, solat tak boleh tinggal!
Yang peliknya, golongan yang berpenyakit ini selalunya ialah golongan yang suka beribadat, betul tak? Licik sungguh strategi syaitan! Memberikan orang yang ingin ibadat rasakan keberatan untuk beribadat disebabkan was-was itu. Padahal Islam itu mudah!
Aku suatu ketika dahulu ketika di sekolah juga terkena penyakit ini. Tetapi bukan pada niat, pada air wudu’ sudah batal atau tidak kerana ‘terlepas angin’. Kawan kadang-kadang kutuk aku, asyik dua tiga kali ambil wudu’, tapi pada pandangan aku, aku buat benda yang betul. Dah terbatal, kena la ambil semula! Padahal sebenarnya perbuatan aku itu menyalahi hakikat sebenar yang diajar Islam! Sungguh was-was itu mainan syaitan!
Dalam bab kentut ini, ada seorang ulama dalam menghuraikan isu ‘yakin atau tidak’ kita sudah terkentut, beliau menyebutkan bahawa keyakinan itu perlu sampai tahap kita sanggup ke mahkamah menjadi saksi yang kita sudah terkentut! Jika keyakinan kita tak sampai tahap itu, teruskan sahaja solat!
Mari kita ke isu besar kembali, itu niat.
Niat itu…?
Di dalam buku Fiqh Sunnah (versi Bahasa Indonesia/Malaysia)* ada menyebutkan bahawa niat bermaksud:
Kemahuan yang tertuju terhadap perbuatan, demi mengharapkan keredhaan Allah dan mematuhi peraturannya.
Dan ia merupakan perbuatan hati semata, yang tidak ada sangkut pautnya dengan lisan, dan mengucapkannya tidaklah disyariatkan/dimestikan.
Ya, lafaz dan niat dua perkara berbeza. Jadi, kenapa di dalam mazhab kita, mazhab Syafie disunatkan untuk melafazkan niat? Apa yang aku belajar, ia hanyalah sekadar ingin ‘menghadirkan diri’ untuk melakukan ibadat tersebut. (Please correct me if I am wrong)
Jika diperhatikan rukun ibadat-ibadat khas seperti solat, wudu’ dan puasa, kita akan nampak yang niat ini wajib menjadi rukun pertama. No niat, no ibadat. Para ulama bersepakat demikian atas dalil hadis yang mashyur berkenaan niat, yang aku rasa korang semua tahu:
“Sesungguhnya segala perbuatan tergantung kepada niat, dan setiap manusia akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya…(hingga ke akhir hadis)”
Tetapi jika diperhati hadis-hadis Nabi s.a.w., setiap kali menerangkan tentang ibadat khusus (terutamanya solat), Nabi s.a.w. tidak menyentuh berkenaan niat sekali lagi.
Kenapa ye? Niat itu wajib, tetapi kenapa tidak ditekankan oleh Nabi s.a.w.?

Jom kita analisa masalah ini. Ada 3 kemungkinan sahaja kenapa Nabi s.a.w. tidak menyentuh bab niat ini pada setiap ibadah. Tidak boleh tidak hanya salah satu dari 3 ini sahaja:
1) Nabi s.a.w. kedekut ilmu, dan tak menyampaikan kepada para sahabat yang lain apa yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail a.s. kepada baginda. (rileks, baca sampai habis dulu!)
2) Niat ini satu benda yang teramat susah untuk dipraktikkan, sehinggakan kalau Nabi s.a.w. beritahu pun, umat baginda terlalu sukar untuk mengamalkannya.
3) Niat ini satu benda yang teramat senang untuk dipraktikkan, sehingga Nabi s.a.w. tak perlu sampaikan, dan memang umat baginda boleh amalkan dengan mudah.
Untuk yang pertama, kita tolak jauh-jauh hujah ini. Mana taknya, antara 4 sifat wajib bagi Nabi s.a.w. ialah: (1) Siddiq (benar) (2) Amanah (3) Tabligh (menyampaikan) (4) Fatonah (cerdik). Maka bersetuju dengan hujah yang pertama itu bermaksud kita menafikan sifat Nabi s.a.w. ini. NauzubIllah!
Yang kedua pula tidak logik akal. Takkan lintasan hati ini suatu masalah yang begitu berat! Nama pun lintasan hati! Lagipun Islam agama fitrah, Allah takkan perintahkan sesuatu yang diluar keupayaan hambaNya.
Jadi, sememangnya alasannya ialah yang ketiga, iaitu ianya perkara yang teramat mudah, kerana perkara niat ini kita buat selalu dan tidak perlukan usaha langsung. Nak makan, nak berjalan, semua takkan kita buat selagi tiada lintasan hati. Nak tunjukkan betapa mudah niat ini.
Oleh itu, jika korang termasuk golongan di atas (seperti aku satu ketika dahulu), cepat-cepatlah korang tukar habit tu. Itu bukan cara Islam sebenar! Jangan rasa berwudu’ dua tiga kali itu ‘lebih pahala’, malah mungkin kita berdosa pula, kerana membazir air!
Islam itu mudah, jangan kita susah-susahkan! Tetapi perlu kita ingat, mudahnya Islam bukan atas nafsu, tapi atas nas/dalil Quran dan Sunnah!
===============================
* Buku ini membahaskan masalah-masalah Fiqh Islam (pengetahuan tentang hukum hakam dalam agama Islam) dengan disertai dalil-dalil Al-Quran dan Hadis yang sah dengan melenyapkan pertikaian dan fanatik mazhab.
Rujukan: Fiqh Sunnah oleh Sayid Sabiq dan syarahan Fiqh Sunnah oleh Tuan Guru Nik Aziz


RSS - Posts
Salam bro,
Note pasai bab kentut tu menarik. Rasanya ramai yang akan mendapat manfaat dari nota kaki tu.
Lebih-lebih lagi di saat cabaran untuk berwudhu’ sangat tinggi!!
By: b302 on January 5, 2009
at 9:51 PM
salam ziarah..
ya,sesungguhnya masalah ‘angin’ ini memang cukup meresahkan…huhu
By: damai on January 5, 2009
at 11:13 PM
To b302: Salam. Terima kasih atas komen. Nota kaki tersebut telah di’upgrade’ menjadi sebahagian artikel.
To damai:
By: y4ku24 on January 6, 2009
at 12:34 AM
Salam y4ku24…
Kak su pun pernah ada masalah was-was ni satu ketika dulu… keliru antara niat dan lafaz niat. Pernah membazir air jugak sbb bila dah nak selesai wuduk, tak ingat masa basuh muka tu ada buat lafaz niat ke tak. Berkali-kali jadinya…
Perasaan was-was yg di bisikkan syaitan mmg membuatkan manusia malas beribadat. Ada hamba Allah yg mengambil mudah, tak nak melakukan solat dan ibadat yg lain sbb merasakan ketidaksempurnaan itu akan menjadikan ibadat tu ‘kosong’. Yelah… katanya bila ada rukun yg tak sempurna, atau bacaan Al-Fatihah yang entah betul entah tidak, hanya akan menjadikan ibadat tu sia-sia.
Hakikatnya, terima atau tidak satu-satu ibadat itu hanya Allah yg menentukan.
Kak su pernah membaca kisah ttg pertanyaan malaikat pada Allah, mana yang lebih disukai, antara ibadat malaikat dan ibadat manusia. Dan Allah memberitahu bahawa, Dia lebih menyukai ibadat manusia yg lalai berbanding ibadat malaikat kerana ibadat manusia dugaannya terlalu tinggi, sedangkan malaikat mmg dicipta utk beribadat.
Lalu kenapa kita masih nak meninggalkan ibadat yg begitu disukai oleh Allah hanya kerana perasaan was-was?
By: suara on January 6, 2009
at 4:38 PM
salam yakuza hehe..
aduhai entri angin la pula ye..alang-alang ni, mungkin saya boleh selitkan sedikit pertanyaan..
maka, jika kita sedang solat, tiba-tiba wujudnya was-was, kita perlu juga ambil wuduk yang baru kan. sebab dah was-was..betul tak?
By: iliana on January 7, 2009
at 1:10 PM
To suara: Terima kasih Kak Su atas komen. Sungguh benar sekali! Berkenaan kita was-was samaada sudah niat atau tidak, apa yang pernah saya dengar ialah, jika KEBIASAANNYA kita berniat, maka anggaplah yang tadi pun diniatkan bersama. Tetapi maaf saya tak dapat memberi tempat rujukan, kerana saya terlupa terdengar dari mana!
To Iliana: Berkenaan was-was yang dimaksudkan di atas TERMASUK ketika solat. Nama saja was-was, jika tahap keyakinan kita bukan tahap sanggup menjadi saksi di mahkamah, maka tak perlu diambil wudhu’ lagi! (Nak jadi saksi di mahkamah bukan senang, kalo sekadar ’saya rasa … kot’, takkan diterima sebagai saksi!)
Lagi satu, di dalam ilmu Feqah, ada satu kaedah: Sesuatu yang kurang pasti (was-was) tidak boleh menghapuskan yang pasti.
Contohnya: Kita sudah berwudhu’ sejam lepas. Bila nak solat, kita was-was, ada terkentut atau tidak? Maka TIDAK perlu ambil wudhu’ lagi, kerana yg kita yakin ialah ‘kita ambil wudhu”
TAPI, kalo sejam yang lepas kita buang air, dan ketika nak solat, kita was-was sudah ambil wudhu’ atau belum, maka kita KENA ambil wudhu’, kerana yang kita yakin ialah wudhu’ kita sudah terbatal kerana buang air tadi.
Untuk persoalan-persoalan Feqah, saya cadangkan anda utk layari: http://www.al-ahkam.net
Website itu memberi keterangan ilmu Feqah beserta hujah dan dalil.
wAllahua’lam.
By: y4ku24 on January 8, 2009
at 6:40 PM
salam iliana,
kalo dh kentut, tp x dngar bunyi atau bau x perlu berhenti bersolat. Abd Allah b. Zayd b. Âsim telah mempersoalkan kepada Rasulullah SAW bahawa seseorang boleh merasakan dia telah terkentut ketika didalam Solatnya. Berkenaan ini Rasulullah SAW berkata : “Jangan berganjak dari tempat kamu kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)” Hadith ini sahih diriwayatkan didalam Sahîh al-Bukhârî dan Sahîh Muslim. rujuk ke website: http://tazkirahonline.blogspot.com/2008/03/was-was-kentut-batalke-solat-camne-ni.html wallahua’lam
By: megat on February 25, 2009
at 9:47 PM
terima kasih saudara megat atas input. salam ukhwah!
By: y4ku24 on February 25, 2009
at 10:56 PM
Rasanya penting juga bila di bangku sekolah lagi, ustaz/ah2 tekankan bab niat(lintasan hati) dan lafaz nih. Sebab kita blaja utk exam, hafal lafaz untuk niat semua. Maybe itu sebabnya kita ter’set’ minda kita yg lafaz juga wajib. Kalo sy salah xtau lah, tp rasanya ada gak faktor nih. Wallahu’alam..
By: ZaliZabrina on April 9, 2009
at 12:18 AM
setuju. kita telah prioritize bahagian yang salah dalam bab ini, sehingga kena hafal lafaz niat pula. dalam bahasa arab pulak tu!
By: y4ku24 on April 9, 2009
at 1:47 PM
saya ingin bertanya. niat itu perlu hadir apabila kita mula melakukan ibadah bukan? sebagai contoh semasa takbiratul ihram bagi solat. kalau masa saya takbir itu saya tak dapat fikirkan apa-apa, apakah saya tidak berniat? sebab susah rasanya ingin berfikir dalam jangka masa yang begitu pendek.
By: f1s on April 29, 2009
at 3:42 AM
@f1s: terima kasih kerana bertanya. jangan susah-susahkan tentang niat ni. niat hanya lintasan hati. kita nak naik beskal, takde pula kita ke fikir panjang. saya menaip ni pun kalo takde niat takkan tertaip! asal kita ada lintasan yang kita nak solat asar/zuhur etc kerana Allah sudah memadai insyaAllah.
By: y4ku24 on April 29, 2009
at 5:20 PM
maaf saya masih keliru. saya tahu yang asalkan ada lintasan di hati itu dikira niat. cuma saya rasa ia sukar untuk adakan lintasan itu ketika bertakbir. kalau sebelum takbir tu saya yakin saya ada niat tapi bila takbir, tak terfikir apa-apa pun kecuali “Allahu akbar.” apakah saya dikira sudah berniat?
By: f1s on April 29, 2009
at 5:47 PM
saudara f1s, walaupun saya bukan org yg paling layak memberi fatwa, tetapi insyaAllah itu sudah memadai. Point entri saya ini, bila bicara tentang niat, jangan difikir-fikirkan sangat samaada sah atau tidak. cukup sekadar buat yang terbaik (tanpa ulang2), insyaAllah diterima. bila mula fikir, mulalah syaitan tiupkan perasaan was-was di hati. all the best!
By: y4ku24 on April 30, 2009
at 4:38 PM
Assalamua’laikum wbt..
Lembutlah kpd diri,
keraslah kepada syaitan,
sesungguhnya niat itu tidak dicari,
apatah lagi dengan kepayahan.
kpd yg ada mslh was-was, sy syorkan buku “Melumpuhkan Senjata Iblis dan Syaitan – Syamsul Bahri Ahmad”. InsyaAllah dapat membantu walaupun sedikit.
ada lg buku yg baik. kalau x silap, tulisan Ibnu Jauzi. Tp sy x jumpa lg buku ni di mna2 kedai, sy cuma pernah jumpa di library mtrik. InsyaAllah buku ini lebih baik. (maaf sy x pasti tajuknya apa). ada lg buku2 lain yg blh membantu.
sejujurnya, sy sendiri ‘penghidap’ penyakit ni. masih dalam proses penyembuhan… sy jumpa artikel ni pun sbb sy diserang kembali. terima kasih atas artikel ini, sedikit-sebanyak dapat membantu.
syaitan ni byk taktiknya. dulu, sy was-was pd lafaz. bila sy dah ok bhgian tu, timbul was-was lain. was-was pd bhgian niat (dlm hati) pula. dah ok kat situ, bacaan pula jd mslh. kdg2 sy rasa sy makin pulih, kdg2 rasa makin teruk pula. syaitan, mmg makhluk yg x knl putus asa…menyesatkan manusia… sy sendiri jd mangsa. sekadar perkongsian.
By: Fastabiqul Khairats on May 18, 2009
at 10:15 AM
Waalaikumsalaam warahmatUllah dan salam perkenalan.
Terima kasih atas input buku dan juga perkongsian pengalaman. buku tersebut tak pernah saya baca, tapi nampak menarik untuk ditelaah. terima kasih sekali lagi!
By: y4ku24 on May 18, 2009
at 10:35 AM