Posted by: y4ku24 | October 24, 2008

This Month’s Feature: Sword of Allah Khalid al-Walid, panglima agung tak terkalah!

(Blog update: AlhamdulIllah, akhirnya siap juga this-month’s-feature untuk bulan Oktober ini. Terima kasih kepada yang setia menunggu. Dan oleh kerana ianya main feature bulan ini, maka entri kali ini juga merupakan entri menarik tetapi panjang. Sediakan masa secukupnya!)

Aku suka tonton filem perang. Scene dimana terdapat banyak adengan pertempuran. Aku juga suka mengkaji tentang perang. Strategi peperangan orang-orang terdahulu. Aku juga suka bermain game perang.

Ah, senang cerita aku suka perang! (Lain macam pula bunyinya pula…) Walaupun realitinya aku tidak pernah berperang, tetapi perkara-perkara berkenaan perang memang membuatkan aku teruja. Dan setakat penontonan dan pembacaan aku yang terhad ini, masih tidak ada buku yang boleh menandingi berapa terujanya aku apabila aku membaca buku ini:

 

Khalid al-Walid

Buku biografi Khalid al-Walid

 

Membaca buku ini, korang akan dapat 3 dalam 1: (1) Belajar tentang Sirah Nabi s.a.w. (lebih-lebih lagi di dalam skop peperangan Nabi) (2) Mengenali sahabat Nabi s.a.w. yang agung ini dengan lebih terperinci (sifat, kehebatan pimpinan dan strategi peperangan beliau) dan (3) Anda akan teruja sambil menghayati sirah!

Jika ada yang membaca Lord of The Rings (LOTR), aku berani kata buku ini lebih hebat daripada buku tersebut, kerana setelah habis membaca LOTR, korang akan mengeluh sedikit, “Kalaulah cerita ini cerita benar, kan bes…”, kerana korang tahu ianya hanya fantasi. Buku ini lain, ianya FAKTA sejarah! Tetapi ianya diolah dengan begitu baik, sehingga korang akan terasa berada di dalam cerita tersebut, seperti mana buku fiksyen/novel!

Kepada mereka yang suka perihal peperangan dan suka mengalami pengalaman ‘berada di dalam cerita’ seperti di dalam buku fiksyen/novel, this book is for you!

Sebelum pergi dengan lebih mendalam terhadap isinya, aku berikan beberapa fakta menarik berkenaan buku, pengarangnya (Lieutenant-General A.I. Akram) serta Khalid al-Walid r.a.:

  • Buku ini telah ditulis oleh Allahyarham Lieutenant-General A.I. Akram dari Pakistan Army pada Oktober 1969. (Ya kawan-kawan, kita tak lahir lagi.)
  • Beliau mempelajari Bahasa Arab semata-mata untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan mendapat sumber rujukan yang asli! Ini termasuk di dalam memilih fakta yang bercanggah di antara ahli sejarah Islam. (masyaAllah, kerdilnya kita. Kita ada report, buka wikipedia, copy paste. Betul ke tak fakta, peduli hape. Jauh betul perbezaan. Isk isk isk…) Malah, beliau selaku individu yang sudah berkecimpung di dalam perihal perang juga telah ke setiap tempat di mana Khalid al-Walid telah menjalankan kempen perang beliau, untuk menganalisa dengan lebih dalam strategi dan tektik yang telah digunakan. Oleh yang demikian, buku ini penuh dengan ilustrasi tektik-tektik perang serta peta-peta penting untuk lebih memudahkan kefahaman pembaca.
  • Buku ini terlalu berharga nilainya sehingga ianya telah ditukar kepada Bahasa Arab dan dijual di negara-negara Arab! AlhamdulIllah, terdapat juga versi Bahasa Melayu yang boleh dibeli di kedai buku Malaysia.
  • Biografi Khalid al-Waleed ini menceritakan tentang wira Islam agung ini, iaitu salah seorang general teragung didalam sejarah. Selain beliau, Genghis Khan (Maharaja puak Mongul) sahaja yang tidak pernah mengalami kekalahan sepanjang keterlibatan beliau mengetuai kempen perang. Malah, dek kerana tektik beliau (sebelum memasuki Islam) juga, tentera Islam hampir-hampir mengalami kekalahan di dalam perang Uhud!* (Aku tak boleh menceritakan panjang tentang perang Uhud di sini, kerana akan jadi panjang berjela. Elok sekiranya korang baca sendiri di dalam buku ini!) Panglima tak terkalah. Walaupun musuh beliau ketika itu tentera-tentera hebat, seperti tentera kerajaan Rom dan kerajaan Parsi, dua kerajaan yang agung ketika itu**. Aku sungguh kagum.
  • Mempunyai 37 babak/chapter, dari kehidupan Khalid al-Walid sebagai seorang remaja, kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., kepada pengIslaman Khalid sendiri (boleh rujuk This Month’s Feature bulan lepas), kepada kempen-kempen yang diketuai beliau dari zaman Nabi s.a.w. sehingga ke zaman Khalifah Rashidin.

BERKENAAN ISI KANDUNGAN

Walaupun ianya merupakan biografi Khalid al-Walid, tetapi penceritaannya berbentuk novel, supaya para pembaca dapat menjiwai apa yang dibaca. Banyak sungguh pengajaran yang boleh digarap dari buku ini. Terlalu banyak. Malah, apa yang lebih menarik ialah, walaupun ianya buku berkenaan Khalid al-Walid, tetapi ia banyak juga menyentuh kempen-kempen perang yang RasulUllah s.a.w. kita ketuai, seperti Perang Uhud (perang kedua Islam) dan Perang Khandaq/Al-Ahzab (perang parit).

Antara babak yang paling menarik (ah,semua menarik sebenarnya!) ialah ketika A.I. Akram menceritakan tentang perang Uhud. Benar, kita sudah sedia maklum tentang keputusan perang tersebut, tetapi aku tabik kepada beliau kerana apabila membaca, korang akan terasa betapa gentingnya keadaan umat Islam ketika itu, yang mana Nabi s.a.w. sendiri patah giginya dek balingan batu tentera musyrikin, malah badan sahabat yang bersungguh-sungguh melindungi Nabi s.a.w. dari anak panah musuh diumpamakan seperti badan landak dek terlalu banyak anak panah di belakang beliau! MasyaAllah, sungguh menyayat hati, dalam masa yang sama sayu memikirkan betapa kerdilnya usaha sendiri berbanding para sahabat r.a. yang terdahulu.

Jika aku tak kesian kepada korang, ingin saja aku nyatakan spoilers dalam entriku ini, supaya korang rasa teruja untuk membaca, tetapi aku rasa lebih baik korang teruja dengan membaca dan menjumpai permata-permata yang berharga itu apabila membaca buku ini sendiri. Contohnya, apabila mula membaca nanti (baca jangan tak baca!) awal-awal lagi korang akan terkejut riang, ‘Oh!! Khalid al-Walid rupanya ialah saudara kepada ….(isi ditapis oleh Lembaga Penapisan)….! Menarik!’

BERKENAAN KESAHIHAN

Dari sudut kesahihan cerita, seperti yang tertulis di atas, A.I. Akram bersusah payah mempelajari Bahasa Arab semata-mata ingin menilai fakta-fakta sejarah yang terdapat kontradiksi, malah sepanjang penceritaan, beliau turut sertakan rujukan-rujukan di nota kaki. Cuma, di atas menginginkan pembaca menjiwai novel biografi ini, fakta-fakta tersebut diserikan dengan penceritaan yang membawa pembaca berimaginasi tentang siluk-biluk cerita tersebut. Membawa pembaca menghayati saat-saat sejarah itu tercipta.

Mari kita bandingkan satu babak mendebarkan, iaitu babak Perang Khandaq, dengan membandingkan antara isi buku ini dengan isi buku ‘The Battles of The Prophet s.a.w.’ karangan Ibnu Kathir (ahli sejarah Islam terkenal). Agak panjang sedikit, jika tidak ingin membacanya, boleh skip ke perenggan selepas imej di bawah (maaf aku tuliskan di dalam Bahasa Inggeris, kerana aku tiada buku Ibnu Kathir versi Bahasa Malaysia):

Versi Ibnu Kathir

—–

‘Amr Ibn Wudd came out wearing a distinguished mark to show his rank, and when he and his contingent stopped challenged anyone to fight him. ‘Ali accepted the challenge and said to him,

“‘Amr, you swore by Allah that if any man of Quraish offered you two alternatives you would accept one of them?”

“Yes, I did,” he said.

Ali replied, “Then I invite you to Allah and His Messenger and to Islam.”

He said that he had no use for them. ‘Ali went on, “Then I call you to single combat.”

He replied, “O son of my brother, I do not want to kill you.”

‘Ali said, “But I want to kill you.”

—–

Versi A.I. Akram

—–

This was Amr bin Abdu Wud. (We shall call him the Giant!) Horse and rider stood motionless as he let his gaze wander scornfully over the ranks of the Muslims.

Suddenly the Giant raised his head and roared, “I am Amr bin Abdu Wud. I am the greatest warrior in Arabia. I am invincible. I… I. . .” He certainly had a high opinion of himself. “Is there anyone among you who has the courage to meet me in personal combat?”

The challenge was received by the Muslims in silence. They looked at one another. They looked at the Holy Prophet. But no one moved, for the Giant was famous for his strength and skill, and though wounded several times, had never yet lost a duel, nor spared an opponent. It was said that he was equal to 500 horsemen; that he could lift a horse bodily and hurl it to the ground; that he could pick up a calf with his left hand and use it as a shield in combat; that he could… The stories were endless. The vivid Arab imagination had created around this formidable warrior a legend of invincibility.

So the Muslims remained silent, and the Giant laughed with contempt-a laugh in which the Quraish also joined, for they stood quite close to the ditch and could see and hear all that went on.

“So is there none among you who has the courage of a man? And what of your Islam? And your Prophet?” At this blasphemous taunt, Ali left his position in the front rank of the Muslims, approached the Holy Prophet and sought permission to engage the challenger and silence his insolent tongue once and for all. The Prophet replied, “Sit down. This is Amr!” Ali returned to his position.

There was another burst of scornful laughter, more taunts, another challenge. Again Ali went up to the Prophet. Again the Prophet declined permission. More laughter, more taunts. Again the challenge from Amr, and this time more insulting than before. “Where is your paradise?” He shouted, “Of which you say that those who lose in battle will enter it? Can you not send a man to fight me?”

When for the third time Ali moved towards the Prophet, the latter saw in Ali’s eyes a look which he knew well; and he knew that Ali could no longer be restrained. He looked at Ali fondly, for Ali was dearer to him than any other man. He took off his turban and wound it around Ali’s head. He next took off his sword and girded it at Ali’s waist. And he prayed: “O Lord! Help him!” 1

This sword which the Prophet now gave to Ali had once belonged to an infidel by the name of Munabba bin Hajaj. This man had been killed at the Battle of Badr, and the sword had come to the Muslims as part of the spoils of war. The Prophet had taken the sword for himself. Now in Ali’s hand this was to become the most famous sword in Islam, killing more men in fair combat than any sword in history. This was the Zulfiqar.

Ali hastily collected a small group of Muslims and strode out towards the unbelievers. The group stopped at some distance from the Giant, and Ali stepped forward and got to within duelling distance of the challenger. The Giant knew Ali well. He had been a friend of Ali’s father, Abu Talib. He now smiled indulgently at Ali as a man might smile at a boy.

“O Amr!” called Ali. “It is believed that if any man of the Quraish offers you two proposals, you always accept at least one of them.”

“True.”

“Then I have two proposals to offer you. The first is: accept Allah and His Messenger and Islam.”

“I have no need of them.”

“Then dismount from your horse and fight me.”

“Why, O son of my brother? I have no desire to kill you.”

“But I”, replied Ali, “Have a great desire to kill you!” 2

—–

Wah, apakah kesudahan episod mendebarkan ini?? Tak terujakah korang?!!

 

Buku Battles of The Prophet s.a.w.

Buku Battles of The Prophet s.a.w.

 

Walaupun aku merujuk kepada hanya satu sahaja rujukan, berbanding dengan A.I. Akram yang mungkin berpuluh-puluh buku dirujuknya, tetapi korang boleh lihat dari versi Ibnu Kathir, syarahannya ringkas tetapi padat, berbanding versi A.I. Akram yang panjang.

Bagi para pengkaji sejarah Nabi s.a.w., buku-buku seperti Ibnu Kathir yang sarat dengan fakta mungkin menjadi pilihan pembacaan. Tetapi bagi orang awam seperti kita, elemen paling penting tatkala kita membaca sejarah RasulUllah s.a.w. dan para sahabat r.a. ialah soal penghayatan. Menjiwai pengorbanan mereka di dalam menegakkan Islam. Menginsafi segala ujian yang mereka terima kerana ingin memartabatkan Islam.

Aku fikir di dalam konteks ini, A.I. Akram telah berjaya dalam membawa para pembaca untuk menjiwai sirah. Beliau berjaya menyampaikan fakta sejarah dalam bentuk penceritaan menarik. Berkobar-kobar tatkala membaca tentang tentera Islam mara memerangi musuh, bersemangat ingin tahu/curious ketika tercetusnya konflik, dan sayu tatkala babak-babak yang menyayat hati di sepanjang perjalanan cerita. Terima kasih dan syabas aku ucapkan kepada Allahyarham. Semoga beliau dilimpahi pahala oleh Allah atas usahanya mengenalkan kita terhadap sahabat agung ini.

BERKENAAN BAHASA

TETAPI, jika korang inginkan ke-teruja-an maksima, aku syorkan korang baca versi Bahasa Inggeris, iaitu versi asal. Kenapa? Kerana seperti biasalah, bila ianya dialih bahasa, maka ada beberapa ungkapan penulis asal yang tidak tersampai dek terjemahan.

Aku telah membaca penuh versi Bahasa Inggeris, dan aku mempunyai buku ini versi Bahasa Melayu di rumah, tetapi apabila aku cuba membacanya, aku tidak dapat merasai sampai ke tahap apa yang aku rasai ketika membaca versi Bahasa Inggeris. Sedikit hampa.

Oleh yang demikian, kepada semua viewers blog aku ini, aku amat mengesyorkan supaya korang membaca versi Bahasa Inggeris, walaupun mungkin korang tidak begitu yakin dengan Bahasa Inggeris korang. Supaya korang dapat lebih menjiwai. Cuma, mungkin korang perlukan kamus disebelah, kerana terdapat beberapa istilah peperangan yang jarang digunakan di dalam perbualan biasa, seperti infantry (askar jalan kaki) dan cavalry (askar berkenderaan, seperti kuda atau unta).

Ada lagi satu sebab kenapa aku syorkan versi ini. Nanti aku sebutkan di bawah.

BERKENAAN ALTERNATIF LAIN

Seorang lagi penulis buku sejarah tempatan yang tidak kurang hebatnya ialah Abdul Latip Talib . Beliau telah menulis banyak buku berkenaan sejarah para sahabat dan pahlawan agung Islam di dalam sejarah di dalam bahasa ibunda kita, kepada yang lebih berminat untuk membaca di dalam Bahasa Malaysia. Antara hasil karya beliau ialah ‘Khalid-Memburu Syahid’, ‘Salahudin-Penakluk Jerusalem’, ‘Tariq-Menang ataupun Syahid’ dan banyak lagi yang juga berbentuk novel. Cumanya kerana aku sendiri belum membaca buku tulisan beliau, aku tidak akan memberi komen berkenaannya. Korang boleh ke blog beliau untuk maklumat lebih lanjut tentang buku-buku tulisan beliau di sini.

 

Khalid-Memburu Syahid oleh Abdul Latip Talib

Khalid-Memburu Syahid oleh Abdul Latip Talib

 

BERKENAAN PENGAJARAN

Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi melalui buku ini. Aku tidak mahu mengulas panjang, elok sekiranya korang semua yang ‘mencari’, tetapi dua pengajaran (daripada banyak pengajaran lain) yang aku perolehi daripada membaca buku ini:

(1) Berkenaan buku dan pengarangnya, walaupun ianya sejarah Islam yang berasal dari Tanah Arab, tetapi kesungguhan pengarang yang mana bahasa ibunda beliau bukanlah Bahasa Arab di dalam mengkaji dengan mendalam sejarah Khalid al-Walid telah menyebabkan orang Islam di Tanah Arab sendiri mengakui tentang betapa bernilainya buku ini, dan akhirnya telah dialih bahasa kepada Bahasa Arab.

Sesuatu yang jarang berlaku, iaitu buku agama Islam dialih bahasa dari ‘bahasa luar’ kepada Bahasa Arab. Walaupun jarang ianya berlaku, tetapi ia bukan satu fenomena yang aneh, kerana ramai dikalangan imam-imam besar di dalam Islam juga bukan merupakan ‘orang Arab’ sendiri, seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim.

(2) Bahawa jauh berbeza dengan kenyataan sesetengah pihak yang mana mereka boleh mengajar untuk menjadi kebal, Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a., walaupun merupakan golongan yang paling disayangi Allah, TIDAK memiliki ilmu kebal. Nabi s.a.w. dan para sabahat r.a. mengatur strategi dan tektik di dalam setiap peperangan, dan akhirnya setelah mengatur pelan tindakan, ianya dilengkapi dengan doa dan tawakkal. Sekali lagi aku ingin sebut. Nabi s.a.w. tiada ilmu kebal. Jadi jika ada dikalangan kita yang diajak untuk belajar ilmu silat kebal, jauhkan diri sejauh-jauhnya!

Secara tersirat, ia mempunyai pengajaran besar untuk kita umat Islam. Allah ingin mengajar kita tentang usaha dahulu, baru doa dan tawakkal. Bukan semata-mata ‘Ah, aku orang Islam, berada di pihak benar, pasti Allah menangkan Islam!’,

lalu menggoyang kaki…sambil bersiul…dan membaca sokkaba.

Malah, Allah tidak memberi Nabi s.a.w. kelebihan ilmu kebal, supaya umat Islam zaman sekarang, jika berjihad tidak mudah mengeluh ‘Ala, Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. dulu kebal, siapalah kitorang yang kurus keding ini untuk pergi berjihad jika nak dibandingkan dengan baginda…’.

Maka sekali lagi aku ulang, strategi dan planning itu penting! Plan your work, and work your plan!

Sedikit sahaja lagi (betapa aku nak korang baca buku ini), aku ingin memberi spoiler yang tak berapa spoiler, jika korang tahu sejarah akhir hayat sahabat agung ini. Kepada yang tidak mahu membaca, boleh lompat terus ke BERKENAAN BUKU! (Jika terlampau spoiler sangat, mintak bagitau, aku delete nanti)

—–

A few days before his end, an old friend called to see him and sat at his bedside. Khalid raised the cover from his right leg and said to his visitor, “Do you see a space of the span of a hand on my leg which is not covered by some scar of the wound of a sword or an arrow or a lance?

The friend examined Khalid’s leg and confessed that he did not. Khalid raised the cover from his left leg and repeated his question. Again the friend agreed that between the wounds farthest apart the space was less than a hand’s span.

Khalid raised his right arm and then his left, for a similar examination and with a similar result. Next he bared his great chest, now devoid of most of its mighty sinews, and here again the friend was met with a sight which made him wonder how a man wounded in so many places could survive The friend again admitted that he could not see the space of one hand span of unmarked skin.

Khalid had made his point. “Do you not see?” he asked impatiently. “I have sought martyrdom in a hundred battles. Why could I not have died in battle?

—–

Ha…Jikalau anda sahabat Khalid al-Walid ketika itu, apakah yang anda akan jawab? Apakah yang telah dijawab sahabat tersebut? Yang pasti, bagi aku, jawapan sahabat tersebut adalah the best!!

BERKENAAN BUKU

Oh ya, kepada mereka yang tidak sabar-sabar untuk membeli buku ini, bolehlah membeli buku ini di kedai-kedai buku terkenal. Aku rasa di kedai buku biasa tidak dijual (Aku beli di deretan kedai buku belakang Sogo). Versi Bahasa Malaysia berharga RM69.

Versi Bahasa Inggeris? FREE! AlhamdulIllah, dua tahun yang lepas aku terjumpa website berkenaan buku ini, iaitu http://www.swordofallah.com. Boleh membaca satu buku melalui website itu! Tetapi jika korang ke sana, website itu telah dimiliki oleh orang lain. Namun, jika korang ingin download file buku ini, boleh di muat turun dari sini. (Boleh juga membaca review oleh website tersebut)

Lagi satu aku ingin syorkan, supaya korang mengasingkan masa yang banyak untuk membaca buku ini. Baca sekali gus. Baru impak maksima! Aku membaca dalam masa 2-3 hari ketika cuti panjang (dah lama baca, lupa pulak). Nakkan impak maksima satu hal. Lagi satu, sebab tak boleh berhenti! Tapi itu aku baca menggunakan rentak aku, dan rentak aku memang lambat. Cuba menjiwai la katakan. Kalau korang baca laju, dalam masa sehari boleh juga habis rasanya. Cuma jangan lupa berhenti untuk solat!

Akhir sekali, sekiranya ada dikalangan viewers yang telah membaca (atau habis membaca setelah baru membeli/download), aku amat menghargai jika korang boleh memberi komen tentang buku tersebut di sini, agar menaruh minat kepada yang lain juga untuk membacanya. Even if you just like this book review, please pass it on to others. Semoga Allahyarham Lieutenant-General A.I. Akram memperoleh pahala yang berganda, insyaAllah.

Berkenaan buku lain yang ditulis beliau, wAllahua’lam, aku tak pasti. Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat, aku amat menghargai sekiranya boleh dikongsi maklumat itu bersama. Cumanya menurut rakan Pakistan aku, beliau tahu seorang lagi penulis Pakistan yang penceritaannya mirip penulisan A.I. Akram. Oh, sungguh aku menantikan buku tersebut darinya!!

Akhir kata, THIS BOOK IS A MUST READ FOR MUSLIMS. Noktah.

Selamat menghayati Sirah Nabi s.a.w. dan Para Sahabat r.a.

P.S.: Jika ingin mengetahui lebih lanjut sebelum membaca, bolehlah baca komen rakan aku pula di dalam entrinya, `Kisah sebilah pedang`. Tapi janganlah baca review sahaja!

—————————————————————————————

* Sesetengah pihak berpendapat bahawa tentera Islam kalah di dalam peperangan itu. Bagi aku, peperangan itu berakhir dengan stalemate. WAllahua’lam.

**Oleh kerana ketidak-terkalahan beliau juga, timbul beberapa konflik dan babak-babak menarik di dalam cerita ini!

Rujukan: ‘The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns’ oleh A. I. Akram, ‘Battles of the Prophet s.a.w.’ oleh Ibnu Kathir.


Responses

  1. wah..awesome entri…congratulation to yakuza coz dpt siapkan entri yg sggh bermakna n bergune skali utk dihayati & diingati…
    i know u really work very hard to produce this marvellous entri…( sy agak bile melihat dr segi kepanjangan article ni..)
    really appreciate what u have done..
    keep on membedah buku n share with us..

    p/s: wah nampaknya gaye penulisan yakuza udah berubah sedikit.hi3..ade unsur2 suspens…n menarik minat sy tuk memiliki buku tuh…iA i will..

  2. Betul tu tiemah hanime, aku rasa macam ada unsur suspen juga. Menegak bulu roma, berderau darah tengkuk. Banyak sangat suspen sampai aku pun geram sebab baru baca buku tu 3m/s. Huhu.

    Nak beli yang versi cetak. Sakit mata baca di monitor. ;p

  3. fuhhh~ tamat membace (entri). sy pernah bce buku ni. ada di library uum. antara buku yg sy sorokkan di rak lain sbb nak bce mse free kat library hehehe (prof. yg ajar).

    apa yg blh d’perkata : memang menarik dan memang wajib dibaca (sokong 100%). belajar dr kebijaksanaan mereka.

    antara buku perang best sy pnh bce lg, Al-Jihad. seorang tentera AS yg kemudiannya memeluk Islam dan berjuang utk Islam. Dia menyelongkar peristiwa keruntuhan WTC, PBB dan mcm2 helah AS utk menjatuhkn Islam. Bagus utk di ambil tahu.

    p/s : tahniah!

  4. Terima kasih yakuza kerana perkenalkan buku ini kepada teman semasa kita sembang-sembang kat Tokyo tempoh hari. Setelah membaca buku ini (versi ebook), ana rasa semakin terhina setiap kali kita yang bergoyang kaki sambil makan biskut beras berkata, “bila le Islam ni nak menang!”

  5. Diharapkan unsur-unsur suspens yang saya selitkan di atas dapat menimbulkan minat untuk kalian membaca sendiri karya tersebut! :)

  6. I’ve read this book based on ur recommendation! Sangat best buku ni. Mase mule-mule start bace tu cam addicted pulak. Dalam 5 hari jugak r baru abis. Kadang-kadang tu sampai berjam-jam bace tak sedar waktu.huhu.
    Buku ni buatkan sy dapat ‘insight’ baru tentang sejarah islam.
    Nway,thanx atas synopsis yg diberi. Two thumbs up!
    yakuza ade buku sebenar ke?agak2 berape ye harge die?

  7. pergh.tahniah.sedara berjaya membuat aku teruja.lama tak baca buku-buku macam ni.dulu kecik-kecik seronok baca saga artakusiad.tapi tu fiksyen je.hoho.tapi kek jopun ni mano la nak dapek buku tuh ?

  8. Aku takde buku english, ada yg BM dirumah, RM69 harganya. English version boleh cari di amazon kot. Tak pasti.

    Sekiranya korang teruja, matlamat aku tercapai. AlhamdulIllah. :)

  9. Shah, wah kau layan Artakus juga. Hihi.
    Abg Pat bila nak update buku tu ya? Takkan berhenti macam tu je kan? Peminat bawah tanah menunggu ni. Hihi.
    -maaf lari topik. Hehe.

  10. Empat hari aku manfaatkan untuk membaca buku ni. Mula-mula ingat nak baca sikit-sikit, tapi bila dah teruja, report dan assignment semuanya masuk dalam “waiting list”, dan aku baca non-stop.

    Selesai je baca, sempat pulak berangan dan berkata dalam hati, “kalau la aku boleh jadi tukang bawak air mendampingi para sahabat dalam tentera Islam pun dah best”.

    Terfikir jugak, kalau buku ni boleh diterjemahkan dalam bentuk filem. Adakah mustahil?

  11. Satu usaha yg sangat berkesan! insaf, bersemangat,… tak sabar nak cari buku ni walaupun sebenarnya saya tak minat cerita perang-perang. Thanks a lot, saya telah menggunakan bahan dari bedah buku ini semasa mengajar hari ini… murid-murid saya pun teruja juga

    • alhamdulIllah, it’s a pleasure to be of help! :) kalo ada murid2 yg berminat dgn LOTR atau Harry Potter, suruh diorg baca “LOTR Islam” yg ni pula! :D
      isinya bukan semuanya perang, tp semuanya penuh dgn pengajaran!

  12. saya anak murid kepada ustazah ilina. semasa u ilina story telling kat class saya terpegun sangat keindahan Pedang Allah ini dulu yang saya gila harry potter dari a-z pun naluri nawaitu bleh terpaut dengan keindahan cerita nya ini. isinya yang pnuh dgn pengajaran dan islami. terima kasih ya akhi krna info info saudara………… sekian wassalam………………

  13. @ct liha: ct liha, jika anda peminat harry potter, saya yakin buku ini lg bes! buku yg benar2 berpijak di bumi nyata dan lebih dekat di hati sebagai seorang Muslim. sebar2kan tentang buku ini kepada rakan2 lain ya! :)

    salam ukhwah.

    wassalaam.

  14. hmm, nak kene cari ni. dah lame xg kedai buku…thanks though

  15. belum baca lagi buku ni tapi dari dulu berniat untuk baca..ebook dah lama ada dalam komputer..
    nak tanya,better baca tmf ni dulu ke baca buku dulu?
    takut nanti baca tmf dah tak saspen dan keinginan baca berkurangan pula…hehe..

  16. insyaAllah entri ini spoiler free, malah akan LAGI teruja untuk nak baca! itu main point entri ini! :D
    saya advise baca english version. BM punya kurang umph, sbb alih bahasa.

  17. Assalamualaikum! kt mana boleh beli buku ini versi bhs inggeris…?mmg minat sngt kt Khalig Al-waleed r.a

    http://www.facebook.com/syedmazlan

  18. Waalaikumsalaam. maaf, saya pun tak tau nak dpt kat mana versi inggeris. kena rajin cari la kot, sbb mmg rare item! tak pun kena beli ikut amazon dr luar negara.

  19. salam..
    I have read the historical novels of Islam, Khalid Memburu Syahid by Abdul Latip talib .. This book is very touched and I cried reading it .. It contains many lessons .. I am grateful to have read the book.

  20. Assalamualaikum.

    Jazakallah.I dah download novel Khalid Al Waleed tapi belum baca.Memang I suka mencari kisah-kisah tentang Rasul dan sahabat baginda. Kisah mereka semuanya benar dan mereka memang hebat.Bukan macam cerita dari barat banyak yang suka mempengaruhi kita dengan keunggulan, kehebatan dan kononnya mempertahankan kebenaran yang sebenarnya tidak benar.

    Barakallahufik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: