Posted by: y4ku24 | November 2, 2009

This Month’s Feature: Introducing, TED

Hello everyone! Hisashiburi (long-time-no-see)!

I have been meaning to share with you guys a website that I truly like, and since I am a little caught up with my thesis/lab work, I think this is the best time to introduce it.


Have any of you heard of a website called TED? Basically it is a website where you can enjoy talks from famous creative people in past TED conferences held each year. They are not merely famous, but they have GREAT IDEAS. Ideas worth sharing, as their motto says. What is interesting is that they invite experts from all types of fields, from psychology to music, from religion to biology.

Try and check it out. I am sure you will enjoy at least some of videos featured inside, especially if you are an IDEA LOVER (don’t know if that makes any sense!). And I don’t get any commission by introducing this website, by the way. Of course, you don’t have to watch all the videos at once, but at least you have an alternative to go to whenever you get frustrated that I haven’t updated my blog!

You can search for yourself some good talks in there, but if you want a quick sneak peek at some of the ‘good ones’, here are a few speakers which made my list:

1 ) John Francis walks the earth (About earth and the environment. Hear his story of not talking for 17 years!)

2 ) Malcolm Gladwell on spaghetti sauce (On consumer psychology)

3 ) Robert Full: Learning from the gecko’s tail (On learning about how nature works)

4 ) Dan Ariely asks, are we in control of our own decisions? (On our own psychological irrationality)

5 ) Woody Norris invents amazing things (On some cool inventions)

6 ) Ken Robinson says school kills creativity (Lookng at school education from another point of view)

7  ) Rory Sutherland: Life lessons from an ad man (On how we see things makes all the difference)

8 ) David Pogue says “Simplicity sells” (On intelligent design)

9 ) Tony Robbins asks why we do what we do (On human psychology)

…and much more!

Welcome to TED, haven for idea lovers.

P.S.: If there are any others that you like, feel free to share it with us!

-y4ku24 l0v35 T3D-

Robert Full: Learning from the gecko’s tail

Posted by: y4ku24 | October 16, 2009

This Month’s Feature: The 100 (Who is No.1?)

[Blog update: AlhamdulIllah, entri ini adalah entri ke-100 blog warungkampung nih. Tepuk tangan ramai-ramai! Sempena entri yang penting ini, aku ingin berdiskusi tentang buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History oleh Micheal Hart.

Sebelum tu, kita tengok ranking Top 3 Most commented entry sepanjang setahun blog ni berjalan:

Most Commented: 1) TMF: The hidden messages in water (42 comments) 2) TMF: Kenapa pelajar cina power matematik? (35 comments) 3) Parenting tips: Antara Ayah dan Alex Ferguson & Jepun dan konsep gakko houmon (28 comments)

Kepada yang berminat untuk membaca entri-entri kat atas tu, boleh search tajuk tu kat sebelah kanan skrin ye.

P.S.: Takziah buat keluarga mangsa bencana gempa bumi di Indonesia. Semoga ruh mereka yang pergi dicucuri rahmat Allah. Amiin.]


Pada 1978, seorang sejarahwan barat telah menerbitkan sebuah buku berjudul ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’ yang agak kontroversi. Buku ini menyenaraikan kesemua mamat-mamat berpengaruh yang telah menjejakkan kaki di muka bumi.

Yang besnya buku ni, senarai ini tak tertakluk kepada satu bidang saje. Ada saintis, ada pejuang agama, ada politikus, ada ahli muzik. Jadi korang boleh bayangkan dalam senarai ni ada Einstein si afro, Beethoven si pekak, dan lain-lain.

Kesemua mamat-mamat feymes kat atas dimuatkan dalam senarai 100 orang paling berpengaruh di dalam sejarah, hasil daripada kesan yang telah diorang semua tinggalkan kepada generasi akan datang.

Nak tahu senarai mamat-mamat feymes ni? Leh cek senarai tu kat sini. (Jangan risau, raaaamai yang aku pun tak kenal! Tapi Khalifah ‘Umar al-Khattab masuk dalam senarai gak!)

Aku sendiri tabik kat Micheal Hart kerana ‘berani’ mengeluarkan senarai begini. Bukan senang wo! Kalo 100 orang berpengaruh dalam sains boleh tahan la sikit, ini merangkumi semua bidang tu! Bayangkan berapa ratus (ribu?)  jam dia abiskan untuk kaji semua orang dalam senarai tu, pastu kena pulak ubuh nombor kat setiap orang!

Tak mustahil kalo ada hard core fan seseorang, contohnya peminat Pak Abraham Lincoln dan Pak Leonardo Da Vinci (yup, diorang tak masuk list!) mesti tensyen gilaks sebab mamat yang diorang minati tak layak masuk ranking.

Ditambah pula dengan rungutan hardcore fan mereka yang tersenarai yang rasa ikon diorang tu lebih layak ranking lagi atas. Aku rasa Micheal Hart ni mesti takleh tido malam awal-awal keluarnya buku ni sebab orang asyik call dia suruh tukar senarai tu.

Itu satu isu sebab apa buku ni agak kontroversi. Lagi satu faktor buku ni kontroversi adalah sebab pemilihan pemegang tempat pertama senarai ni. Sapa lagi kalo bukan nabi junjungan kita, Muhammad Ibn Abdullah s.a.w.!

Kenapa Baginda s.a.w. No.1?

Posted by: y4ku24 | September 18, 2009

Entri ke-99: Ole-ole Raya Untuk Semua!

Sempena menyambut Hari Lebaran, dan sempena Warungkampung menghampiri entri ke-100nya, aku dengan ini berbesar hati nak bagi ole-ole raya kat korang semua!

Terimalah, e-kad eksklusif dari Warungkampung, khas untuk korang!

Copy paste jangan tak copy paste!

Tahun ini Warungkampung buat ‘open warung’ sempena raya! Jom open table!

[Kredit kepada abang saudara kartunis aku, azhar ahmad a.k.a. Tembakau, atas artwork e-kad nih. Dia telah berjaya membuatkan aku nampak lebih muda dan hensem! Yeah!]

warungkg copy

In this picture, i) Tengah gaul dodol: y4ku24 ii) Tengah melahap makanan free kat belakang: [Famili] azhar ahmad, ibnu ahmad shah, adk y4ku24, adiknya^^, abidasman~, zacharias,abu saif, aznie, ummishahmi [Rakan-rakan Jepun] sangpelangi, kak haida, shah, indahayatisamsi, zalizabrina, batuterang, ainohikari,  the dreamer, asadulqalb, cucutokjanggut, ‘atiqah jasni,  syahidah, warkahraudhah, husmi, nbo_3, safiruz, b302, imam, nik zuliani, ul, taopix, eyeme, chepah, joey [Member sekolah] nusk, ainen, whitehijab, realistikjunky [Rakan-rakan siber] KA, iliana, ina, candle lilly, ustazah ilina, ct liha, fauziah, hakima, balqis, cikgu_eya, budakpantai, arsaili, izan, kak su, puding caramel, hana, adam (wOtpOg), nmw, qamarun, ReM, miqdad, ibnu salleh, damai, c’s, syphoon, yem^^, d’udin, aki, malaya, khalifwaabidullah, tgera, pirokla, decorous, ‘adz, fishballisme, tiehah hanime, nazliah, pemenang….serta silent readers yang lain. (Kalo takde nama sori la ye! Aku tulis secara manual je nih.)

Selamat Hari Raya semua! Tahun ini aku ter’balik kampung’ la pulak! Yahu!

-b3r4y4@w4run8k4mpun8!-

Posted by: y4ku24 | September 16, 2009

This Month’s Feature: Kenapa orang Islam tak makan babi?

[Update blog: Memandangkan bulan ini kita diberkati dengan bulan Ramadhan, aku fikir elok juga TMF kali ini juga lebih kepada santapan rohani dan keagamaan. Cuma nak ingatkan aku ni bukan budak jurusan agama, jadi hanya layak menulis dalam lingkungan 'ingat mengingati antara satu sama lain'. Topik yang aku sajikan kali ini aku rasa penting untuk dibincangkan, sebab kita selalu salah dalam memberi jawapan kepada soalan di atas. Perlu sama-sama kita analisa semula. Selamat memburu Lailatul Qadar semua!]

(www.ci.yuma.az.us)

Soalan kat atas tu nampak cam senang nak jawab kan?

Aku nak cerita sedikit pengalaman menarik diri sendiri berkenaan soalan di atas ketika tahun pertama di Jepun. Ironinya, yang bertanya bukan orang bukan Islam, tetapi saudara seIslam sendiri, yang mengalami krisis identiti. Setelah dibesarkan di dalam komuniti Islam, apabila dia mula belajar di negara luar mula terbuka mata akan persoalan-persoalan ni.

Saudara seIslam itu dari kaum Uighur, satu kaum etnik di barat Cina. Berjuta kaum etnik ini di sana, (kalo tak silap) kesemuanya adalah orang Islam. Namun, atas beberapa sebab yang aku takkan nyatakan di sini, pegangan Islam mereka menjadi longgar. Islam pada hati mereka hanya sekadar dalam beberapa aspek seperti tak makan babi.

Jadi persoalan itu diajukan kat aku yang jahil agama ni.

“Kenapa kitorang orang Islam tak boleh makan babi?”

Soalan tu menyebabkan aku terdiam sejenak. Bukan sebab takde jawapan, tapi aku tengah fikir, antara banyak-banyak jawapan, mana satu paling bes!

“Sebab diorang makan tahi sendiri!” aku jawab, konfiden abis muka.

Tapi jawapan yang dia balas balik membuatkan aku terdiam tak boleh nak jawab.

“Aku di kampung aku bela binatang ternakan seperti ayam. Ayam PUN makan tahi sendiri. Kalo camtu kenapa ayam boleh makan?”

Oh, tamparan hebat sejebik ke hati!

Aku terdiam. Dalam hati aku berbisik, “Aiseh, patut aku bagi jawapan yang dalam babi ada bakteria yang susah untuk dibunuh!”

Tanpa aku sedari ketika itu, kedua-dua jawapan aku itu ’salah’!

Kenapa?

Posted by: y4ku24 | September 11, 2009

Branding: Take it to the next level

[Update blog: New category, BANK IDEA. Koleksi idea gila-gila aku, yang kebanyakannya memang tak boleh pakai. Don't try these at home!

Lama tak buat cerita santai/lawak. Apa kata kita rileks-rileks dengan entri santai. Maaf aku merepek sikit bulan-bulan puasa nih.]

(www.mikeshapircartoons.com)

(www.mikeshapircartoons.com)

Satu hari, Dolah Taram, billionwan(?) terkenal, panggil anak-anak buah dia ke bilik mesyuarat. Ada meeting penting katanya.

Dolah: Aku panggil korang arini untuk bincang pasal satu perkara. Seperti mana korang semua tau, client-client kita seperti Neslet, Pamper dan Maggy telah guna khidmat kita untuk mempromosikan barangan mereka. Hasil dari kekreatifan idea syarikat kita yang bagiuh-dok-ada, banyak di antara produk ni dah jadi kata nama utama kepada produk-produk sejenisnya.

Ubat gigi orang dah sebut callgate, lampin orang dah sebut pamper. Kita telah berjaya hijack Bahasa Malaysia itu sendiri. Hahaha!

Anak-anak buah: Hahaha. (Sambil tepuk tangan penuh bangga)

Dolah: Tapi, itu cerita lama. Client-client kita dah boring. Diorang kata strategi tu dah tak efektif. Diorang nak kita fikirkan strategi baru yang lagi bes. Kita nak buat brainstorming. Sapa ada idea baru untuk propose kat mereka?

Hakim: Bos, saya ada satu cadangan bes untuk tingkatkan brand client-client kita to the next level.

Dolah: Oh, bagus Hakim. Ini yang aku nak dari pekerja-pekerja aku. Silakan terang. Tapi kalo aku tak suka, secara automatiknya you’re fired! Hahaha!

Hakim: Hahaha….(dahi berpeluh)

Erm, kan bos sebut tadi kita telah jadikan brand produk-produk tu kepada kata nama? Apa kata lepas ni kita tukarkan brand tu jadi kata kerja pulak?

Dolah: Hm…Cuba bagi contoh?

Hakim: Contohnya, ‘Ibu sedang memampers adik’ atau ‘Setiap hari ayah berBMW ke pejabat’.

Dolah: Oh, bagus, I like it! Cuba bagi lagi contoh-contoh bes lain.

Hakim: ‘Adik sedang berplay station 2‘, atau ‘Saya sedang mengolgate gigi’, atau ‘Para readers entri ini sedang berWarungkampung (hak cipta terpelihara, harap maklum)’.

Dolah: Ha ha, sempat lagi ko promote blog ko ye. Nasib baik aku suka idea ko, kalo tak dah kena fire dah ko. Semenjak siri ‘A-perintis’ tu, makin gian lak aku nak pecat-pecat orang nih.

Hakim: Ehem, tau takpe. But wait boss, there’s more!

Dolah: Ada lagi?

Hakim: Dah alang-alang kita jahanamkan bahasa sendiri, apa kata kita jadikan brand ni kata sifat skali?

Dolah: Fuh, macamana tu? Cuba bagi contoh?

Hakim: Contohnya dalam iklan-iklan kita, kita ubuh kata-kata seperti ‘Lelaki yang segak bergaya itu sungguh adidas‘! Ataupun ‘Rambutnya hitam kesunsilkan‘! Amacam bos?

Dolah: Marvelous! Idea ko memang mantap! Aku suka!

Lepas ni mesti ada pihak yang akan cuba mendewan bahasakan kita, tapi takpa, pedulikan mereka, asal kita dapat untung cukup! Wahaha!

Anak-anak buah yang lain: Wahaha! Amerika sungguh bos kita ni! (Sambil tepuk tangan)

-y4ku24 @ w4run8k4mpun8-

Posted by: y4ku24 | September 7, 2009

Sepetang bersama…Saudara-saudara Turki

Ada sesuatu dengan sahabat-sahabat Turki di sini yang aku sangat suka. Selain daripada selalu mendengar tentang sifat hospitality mereka, aku sendiri beberapa kali mengalaminya dan kagum dengan sifat murni yang diorang ada ni.

Bergambar bersama sebahagian besar komuniti Turki

Bergambar bersama sebahagian besar komuniti Turki (kamera aku punya, tapi apsal muka aku paling tak nampak sekali?)

Tahun ni adalah kali ketiga aku di ajak untuk bersahur di rumah mereka. Ya, bukan berbuka, tetapi bersahur! Takde angin takde ape, tiba-tiba je ajak bersahur kat rumah diorang! Kalau kat Malaysia mungkin ajak berbuka tu biasa, tapi ajak bersahur mungkin susah nak jumpa.

Aku pun terfikir kenapa diorang suka ajak bersahur. Mungkin mentaliti diorang ialah, dengan makanan yang diorang hidangkan pagi tu, sebab menjadi tenaga sepanjang hari, jadi diorang pun dapat banyak pahala kot. WAllahua’lam.

Kebanyakan orang-orang Turki yang aku kenali di Sendai ini jenis lebih banyak senyap. Pendiam, tapi berhati baik, lagi-lagi bab hospitality nih. Sebelum ini pun, kalau diajak untuk bermain bola, bukan saja diberi tumpang kereta diorang, malah ketika waktu rehat dihulurnya pula air jus dan air kosong untuk sama-sama minum! Malu kitorang dibuatnya pertama kali bermain bersama. Dah la pergi dijemput, datang melenggang!

Itulah diorang ni, dalam tara senyap-senyap diorang, berhati baik. Dari segi penglibatan dalam komuniti Islam kat sini jarang kedengaran, tetapi aku selalu dengar berita yang diorang sendiri telah membuat kelas pengajian Al-Quran untuk Japanese sisters yang baru menganut agama Islam, atas inisiatif sendiri.

Nampak gayanya diorang lebih suka berada luar dari pemerhatian. Off the radar, omputih sebut. AlhamdulIllah, aku berkesempatan untuk berkenalan dengan diorang walaupun selalu off the radar, dan diorang pun senang nak masuk dengan kita.

Mungkin sebab orang Malaysia pun jenis cool dan bersopan santun macam diorang kot. (Ye ke sopan santun?)

Ahad yang lepas, pukul 2.30 pagi kitorang berlima bertolak ke rumah diorang yang tak la jauh mana. Sampai-sampai, terus dijemput ke laman tamu yang agak luas (bagi standard rumah kat Jepun ar. Kalo standard Malaysia, semua kat sini kecik!). Rumah diorang bersih, walaupun duduk 6 orang.

Terus dipelawa untuk minum teh dalam teapot dua tingkat diorang tu. Hidangan terhidang, apa lagi, kitorang pun menyantap beramai-ramai, sambil berbincang tentang perbezaan budaya Islam di sana dan Malaysia.

“Di Turki kami tetapkan tarikh Ramadhan dan Syawal ikut pengiraan. Jadi, bukan kata Syawal tahun ni dah tahu bila nak sambut, Ramadhan tahun depan pun kitorang dah tahu!” diorang cakap.

“Diorang tetapkan hari puasa dan raya di Jepun ikut keputusan di Malaysia, sebab Malaysia ialah negara Islam terdekat dengan sini.” kitorang cakap pulak.

Bersahur bersama Nuri (dua dari kiri) dan Ismail (dua dari kanan)

Bersahur bersama Nuri (dua dari kiri) dan Ismail (dua dari kanan). Dah abis makan baru ingat nak tangkap gambar...

Jam mula menunjukkan pukul 3.30. Subuh sudah hampir. Akhirnya kitorang Subuh berjemaah sebelum bertolak pulang.

Oh saudara-saudara Turkiku, sungguh budi pekerti korang membuatkan aku membuak-buak ingin berkelana ke Turki!

-y4ku24-

Posted by: y4ku24 | September 4, 2009

Next stop: Sapporo, Hokkaido

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku dikurniakan peluang untuk bermusafir ke utara Jepun sekali lagi, untuk menghadiri konferens yang pertama buat diri ini. Aku dan member seperjuangan kena present poster research masing-masing.

Pernah pergi dulu time musim sejuk ketika Yuki Matsuri 2009 (Pesta Salji), kali insyaAllah merasa musim panas (yang tak berapa panas) pula di sana.

Ada satu benda yang aku tengah berdendam nak buat di sana nanti. Sebab kesuntukan masa aritu, aku tak sempat nak makan all-you-can-eat ketam katOo crabs of Hokkaido, I am coming back with a vengeance! sana dengan khusyuk.

Semoga semua berjalan lancar, amiin.

(www.reggie.net)

Kani tabehoudai (all-you-can-eat crab) (www.reggie.net)

Ada rezeki nak gi carik tempat cam ni (http://cache.virtualtourist.com)

Ada rezeki nak gi carik tempat cam ni (http://cache.virtualtourist.com)

-y4ku24-

Posted by: y4ku24 | September 2, 2009

K3n4p4 y4ku24 d4n W4run8k4mpun8?

[Update blog: Kepada pembaca-pembaca setia yang budiman, hari ni aku nak perkenalkan kat korang logo Warungkampung yang baru aku jadikan favicon aku (imej yang ada kat sebelah alamat laman web kat bahagian atas window internet tu) , kepada korang yang tak perasan. Satu kejayaan tahap tersengeh-sorang-sorang-sebab-syok-sendiri bagi insan jahil IT macam aku.

Introducing, the 'Warungkampung mug'!

Yes, the 'W' is for Warungkampung!

Yes, the 'W' is for Warungkampung!

Simple dan senang nak ingat. Harapnya korang sudi membookmark atau menshortcut blog ini ya!]

Okeh, entri kali ini diskusi santai je. Kepada yang berminat nak tahu kenapa aku guna nickname y4ku24 dan nama blog warungkampung.

Tentang y4ku24

y4ku24 ni datang daripada alamat email aku. Time aku buat email ni, aku masih di tempat persediaan untuk ke Jepun. Entah kenapa, sebelum ke Jepun, aku suka dengan nama tu. Macho dan stylo. Nak guna ‘yakuza@…’, orang dah amik. Nak guna ‘yakuza(nombor)@…’, jadi sulit lak orang nak ingat. Akhirnya bila tengok ada availibility untuk ‘y4ku24@…’, aku terus ambik!

Tapi bila aku datang Jepun, barulah imej aku terhadap ‘Pak Ya’ bertukar. Timeexplain email aku kat member Jepun tukar 4 kepada A, 2 kepada Z, dan bila diorang faham maksud sebenar emel tu, diorang gelak yang tak berapa nak gelak. Gelak campur terkejut. ‘Ha!ha!…ha? biar betul budak ni?’. Mungkin itu yang diorang fikir.

Nak cerita tentang Pak Ya ni akan jadi berjela, jadi aku tak cerita panjang kat sini. Cuma nak sebutkan ada juga good side of them.

Ketika gempa bumi di Hanshin (kawasan sekitar bandar Kobe), pihak kerajaan dikritik hebat kerana lambat bertindak dan kelam kabut, lebih lambat daripada kumpulan Pak Ya Yamaguchi-gumi. Sekerek-kerek diorang pun, time tu diorang bersama untuk tolong mereka yang memerlukan dengan bekalan makanan dan lain-lain. Boleh rujuk tentang ni kat sini.

AlhamdulIllah setakat ni takdelah apa-apa masalah yang membabitkan alamat emel ni. Cuma kadang-kadang kalo tulis emel kat orang kena tendang ke spam, sebab alamat pelik!

y4ku24, nama je ganas, orangnya berhati baik! Yeah!

Tentang Warungkampung

Sebelum ni aku suka guna istilah warung kopi, atau pendeknya warkop kat dalam komuniti aku. Macho je nama. Tapi malangnya orang dah amik nama blog tu. Fikir punya fikir, akhirnya aku tukar kepada warungkampung (cuma pendek dia tak sedap, tu sebab aku tak guna).

Aku guna nama blog ni sebab aku suka blog ini dijadikan tempat berbincang dan bertukar pendapat. Macam perbincangan orang-orang di warung kampung. Kadang-kadang perbincangan serius gile. Tapi kadang-kadang cerita pasal anak kucing tompok dia mati kena langgar kereta semalam.

Macam-macam ada!

Cuma dua benda yang mungkin wujud di warung kampung yang aku tak suka bincang di sini:

1) Soal politik.

2) Kutuk mengutuk, kecam mengecam sapa-sapa, kecuali z***i*. Ha, tau takpe.

Yang lain, aku alu-alukan komen pedas/tajam (jangan mencarut dan kurang ajo udah, dan kalo aku balas balik dengan komen pedas gak jangan marah ar ye, heh heh), malah kalo ada yang nak kongsi artikel korang sendiri kat sini. Aku bagi full credit kat korang, jangan risau (kalo boleh original la, kalo tak aku bagi credit kat orang asal la maksudnye).

[Kepada semua yang sudi dan setia bertenggek di warung kampung aku ini sehingga sekarang (zacharias, KA, ina, Ct Liha, Ibnu Salleh, nusk, ainen, arsaili, cikgu eya, tembakau, ustazah ilina, 'Atiqah, Kak Su, Kak Haida, adik-adik aku, malaya, budakpantai, fauziah, izan, shah...ah, ramai la pulak nak tulis semua!), silent readers sekali pun, terima kasih daun keladi aku ucapkan. The cup of coffee tu bermaksud, kalo aku jumpa korang bila-bila nanti, bagi aku belanja korang secawan kopi yang real punya. Sound je kat aku nanti, "Wei Luqman, bila nak belanja nih?", aku akan faham.

Kecuali aku takde duit time tu, so aku akan buat-buat blur.

InsyaAllah, dengan lebih daripada 50 draft entri yang sedia ada sekarang, blog ini akan bertahan lagi, atas support yang korang bagi.]

-y4ku24@w4run8k4mpun8-

[Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-52 aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia, tak kira agama atau bangsa. Merdeka badan, merdeka fikiran, itu yang diharapkan. Alang-alang korang tengah cuti, apa kata korang cuba dalami sejarah Malaysia yang tak ramai yang tahu. Boleh tengok kat entri aku, 'Apa itu Hartal?' (credit to Fahmi Reza and crew)

Nota: Kalo nak faham dengan penuh entri ni, aku sarankan korang baca TMF yang lepas.]

Alam 3D yang sungguh indah. SubahanAllah! (http://photography.nationalgeographic.com)

Alam 3D yang sungguh indah. SubahanAllah! (http://photography.nationalgeographic.com)

Sebelum aku masuk kepada topik perbincangan, aku nak korang sama-sama fikirkan soalan di bawah. Soalan ni setua zaman Yunani, dan selalu orang yang tak percaya kepada Tuhan (athiest) akan cuba pekena orang lain yang berTuhan.

Soalannya berbunyi begini:

“Allah Maha Kuasa dan Maha Mencipta kan? Kalo ya begitu, boleh tak Allah mencipta satu batu yang besar dan beeeerat sangat, Dia sendiri tak boleh angkat?”

Hmm, very tricky question!

Kalo jawab boleh, akan nampak seolah-olah Allah bukan Maha Kuasa, sebab tak boleh angkat batu tu.

Kalo jawab tak boleh, akan nampak seolah-olah Allah bukan Maha Mencipta, sebab tak boleh cipta batu seberat itu!

Jawapan soalan ini aku suka kaitkan dengan perbincangan kita kali ini.

Sebelum tu, mari simpulkan entri lepas

Posted by: y4ku24 | August 24, 2009

Lima tahun yang lalu…

[SALAM RAMADAN diucapkan kepada semua pembaca setia (dan yang baru berjinak-jinak untuk membaca) blog Warungkampung yang beragama Islam. Semoga Ramadan korang kali ini lebih baik dari yang lepas. Dari y4ku24 serta Siddiq Cerdas dan keluarga.]

[Update blog: AlhamdulIllah, hari ini genaplah setahun blog Warungkampung nih. Walaupun banyak topik yang dibincangkan, layout dan design tak banyak berubah. Sebab aku ni pemalas. Tapi insyaAllah akan cuba diubah design bila masuk entri ke-100.]

http://www.islamicawakening.com

http://www.islamicawakening.com

Ramadhan kali ni mengingatkan aku tentang sesuatu.

Tahun lepas, terpampang di muka depan akhbar tempatan:

[Berbuka puasa dengan ARAK]

Aku mengucap panjang. Sampai ke tahap ini sudah Malaysia…

Ketika itu aku teringatkan suatu cerita yang diceritakan senior aku lima tahun yang lalu.

“Kamu tahu tak, orang Islam negara X tu suka minum arak. Tetapi time ramadhan, sebagai menghormati bulan mulia, mereka berhenti. Tapi bila masuk 1 Syawal, sebagai merayakan Aidil Fitri, mereka minum balik!”

cerita seniorku. Dalam tara tergelak, aku sedih memikirkan umat akhir zaman. Aduhai, Islam sekadar warisan saja, bukan pilihan.

“Hm, mungkin itu sebabnya bala turun kat negara mereka satu ketika dahulu, jika umat Islam di sana selalai begitu” aku bermonolog.

Sekarang aku termenung panjang, memikirkan nasib tanah air tercintaku pula. ‘Sekurang-kurangnya’ mereka berhenti sebagai menghormati bulan Ramadhan, orang kita BERBUKA PUASA dengan air hina itu!

Ya Allah, selamatkanlah tanahairku. Janganlah kerana sebahagian dari hambaMu yang bergelumang dengan dosa menjadi alasan buatMu untuk menghantar bala di tanahair kami yang masih ramai lagi mencari keredhaanMu. Semoga bala wabak H1N1 ini juga semakin sembuh. Amiin.

Rakan-rakan di Malaysia, jaga diri dan kesihatan di musim wabak H1N1 ya.

Salam Ramadhan. Semoga amalan ibadah kita pertingkatkan.

[Nota: Aku bukan suruh teka negara mana X tu, aku sekadar nak ajak sama-sama bertafakur. Harap tiada yang bertanya kat aku negara apa X tu.]

-y4ku24-

Older Posts »

Categories